Tuesday, May 7, 2013

Ini 'rumah kita'.

Assalamualaikum,

Selamat tengahari seme!!

PRU 13 dah settle, tapi macam biasa la kan, rumah dah siap tapi pahat berbunyi lagi. Wah, peribahasa kau kan...
Terbaca satu status di FB yang agak menyentuh hati n terasa nak share di sini. Kalau share di FB, dah ramai sangat orang share kan. So kittew kan ade blog, diorang takdeww..huhu..titew share dekat blog titew je la..



" TULISAN TUN MAHATHIR
MENGAPA TUN MAHATHIR SEDIH?
Saya sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyata
kan perasaan saya, perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.
Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.
Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.
Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.
Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.
Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.
Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.
Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.
Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.
Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.
Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.
Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.
Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.
Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.
Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.
Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.
Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.
Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.
Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.
Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.
Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.
Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.
"

Benar n sangat setuju. Melayu kita sekarang masih belum sedar atau sudah lupa betapa susahnya orang dahulu cuba untuk mendapatkan kemerdekaan dan keluar dari penjajahan.
Kita layak untuk mendapat keistimewaan di bumi kita. Tanah Melayu tanah kita. Pertahankannya.

Saya bukan siapa-siapa, cuma mula rasa khuatir dengan situasi kita sekarang. Tidak mustahil tragedi 13 Mei berulang kembali jika semua ini tidak dibendung.

Semoga Malaysia akan terus aman..

Luv,
Nora

Sunday, May 5, 2013

Perfect 365

Assalamualaikum.

Selamat petang seme!

Alhamdulillah, selesai sudah tanggungjawab kepada negara harini. Saya sudah mengundi!
Yekeeeeeee.... Eh, hallooooo!! Tengok jari la...



Ini bukti ok. Ok, tangunggjawab dah selesai. 

Mesti ramai yang dah tahu pasal application Perfect 365 kan. Ala yang main mekap-mekap tu. Best giler hokay apps ni. Mungkin ramai dah tahu n dah boring pun dengan apps ni tapi aku yang ketinggalan zaman ni, masih berada di zaman paleolitik ni, baru berjinak-jinak dgn apps ni n rasa amat teruja sekali.

Apps ni boleh melicinkan muka, membesaukan mata, menghilangkan kedut di muka, memutihkan kulit, menaikkan pipi, memutihkan gigi. Tak perlu dah pakai produk Kak Ton yang comel tu. Memang boleh tutup kedai la Kak Ton lepas ni. Tapi dalam fon je la. Realiti, pandai-pandai la nak cover ye. hihi. Ko nak tukar muka kau jadi Shakira pun boleh. Nak jadi Lady Gaga, hmmh..boleh sangat.

Disebabkan aku tengah giler dgn apps ni, habis semua muka aku, aku edit n buat comparison before n after. Haha. Giler jakun.

Meh tengok perbezaannya.


Before n after..(nampak suci kan..hihi)


Before n After... smoky sangggattt 
Before n After...(nmpak sgt muka mntak iron)
Before n After..... (ayu gittew..gelii)

Nampak tak, nampak tak. Ni aku tak buat heavy sangat. Kira natural sikit la. Klau aku buat lebih-lebih kang, aku pun takut tengok diri sendiri, sampai rasa nak lempang-lempang je. Jangan kate aku, my suami pun mesti rasa dia kawin dengan salah orang. 

Ni salah satu android application yg aku rasa sangat best. Lepas ni kaum Adam, kalau ada yang nak bercinta di alam maya, kenal awek kat facebook ke, tengok profile pic kemain cantik, cun, hot, meletop, tolong jangan terpedaya dengan semua tu, kerana besar kemungkinan mereka menggunakan application ini. 

Kaum Hawa, kasihanilah kaum Adam n janganlah perdayakan mereka. Haha.
Tapi kalau tak edit diorang mesti taknak berkenalan. 
Allaa..kan lebih baik kalau jujur n just be yourself. Lelaki lebih suka begitu kan. Setiap ciptaan ALLAH itu indah, lebih-lebih lagi wanita. Jadi diri sendiri lebih baik. Insha Allah......

Luv, 
Nora.

Minggu berpenat.

Assalamualaikum.

Harini tahap kerajinan tinggi, so berduyun la entry yang akan diupdate. Jadi terciptalah satu hipotesis di mana semakin tinggi tahap kerajinan, semakin banyak entry di update.  Haha.

Minggu lepas adalah minggu yang sangat memenatkan untuk me n suami. Kenapa? Let me tell you the story.

Hari Jumaat: Pindah rumah
Lepas kerja, sampai-sampai je rumah terus kena masak sebab kawan-kawan nak datang rumah, nak tolong pindah rumah, so kenala jamu apa-apa yang patut kan. Oh lupa nak cerita. Me n suami kena pindah rumah sebab tuan rumah yang kami duduk sebelum tu nak jual rumah tu. So kami terpaksa pindah. Luckily, kami dapat rumah dekat area situ jugak tapi lain block.

So malam tu me, suami, member2 ofis, Ayu, member rumah lama suami, bertungkus lumus memindahkan barang. Alhamdulillah, semua settle mlm tu n kami tidor rumah baru malam tu. Terima kasih tidak terhingga untuk kawan-kawan seme.  N malam tu jugak, Ayu, Ema, Mira n Hana tidor rumah aku. Yela, habis kerja pukul 2 lebih, takkan anak-anak dara tu nak balik malam buta cenggitu kan. Tak suweet katenye. 

Hari Sabtu: Hantar Ayu, temankan Ema, pegi uptown
Bila semua dah balik, tinggal la Me, suami, ayu n Ema. Since Ema minta tolong suami temankan dia pasang tinted kat kereta baru dia, so aku pergi hantar Ayu balik. Jangan pikir lain, Ema n suami is a friend and saya percaya mereka. No worries. Haha.

Malam tu pulak, me, Ema n suami pegi uptown Danau Kota pulak. Asalnya nak tengok Iron Man, tapi tiket tinggal seat yang mendongak ke langit je. So terus je la pegi uptown. Sampai rumah dah pukul 12, terus collapse. Ema tidor rumah kami sebab esok pagi nak pegi fun run sekali.

Hari Ahad: World Kidney Charity Run

Pagi-pagi buta dalam pukul 5.30 pagi dah kena keluar rumah. Dengan tak cukup tidor nye. Dah macam zomba. My dear company, Asia iKnowledge Sdn Bhd join this charity run untuk beramal katenye. So kami pun bersemangat la memeriahkan majlis.

Registration start pukul 6, tapi kami sampai pukul 6.40 camtu, terus pegi solat Subuh dulu. Kami naik 1 kereta. Belasah kereta baru Ema. huhu. Yang register ramai, tapi yang datang, me, suami, Hana, Ema, Juliana, Tiffany n family and Nofal. Yang lain...ntahhhh..


The running ladies.
Tapi kat situ memang ramai orang la. Tak sangka pulak ramai yang support event-event camni. It's a good thing u know.


The running couple.



Kalau dh namanya fotogenik, campakla ke mana pun, camera itu wajib. 
Flag off dalam pukul 7.40 camtu. Ape lagi, berlari lah kami dengan semangat wajanya. Memula, memang lari bersama, tetiba, me, Ema n suami terlebih semangat pulak berlari, tertinggal la Hana n Ju kat belakang.huhu.

Fun run 5km. Penat jugak weiiii. Aku salute la yang ambik 12 km tu. Aku yg 5 km ni pun dah rase macam nak merangkak kepenatan, kalau aku ambik yang 12 km tu, mau berguling-guling la aku kan.

Alhamdulillah, berjaya tamatkan larian tanpa ada sebarang kesulitan yang amat dikesali. Settle lari, round-round la kat area situ sementara menunggu Hana n Ju. Terjumpa la dengan makhluk kidney ni.



Disebabkan zaman kanak-kanakku tak pernah jumpa mende kidney ni, so terpaksa ambik gambar dengan dia. Bangga la tu ade orang nak ambik gambar dengan dia.

The best thing is kami dapat jumpa dak tecik cute si Cassandra Lai ni. Anak Tiffany, boss kami. Dia peserta paling muda n paling cute tau.

Dah besar dah dak tecik ni. Aku kenal dia dari dalam perut mak dia lagi tau.

This girl sangat bijak, dah pandai speaking. Rasa terhibur dengan gelagat dia. Tak sia-sia mak dia hantar dia pergi class seawal usia setahun.


Shhooo cute....



Settle semua, Ema bawak round-round kat area Putrajaya, kawasan dia katanya. 4 bulan internship kat situ kan. Jalan-jalan kat Alamanda dengan harapan nak tengok Iron Man 3, tapi kecewa lagi. Pelik betul, aku rasa kitorg datang dh awal dh, tapi dah penuh. Bila masa diorang beli tiket??? Ha?Ha?Ha? Stress tahu.

Disebabkan kecewa, kami pulang dengan rasa kepenatan dan kesengalan otot yang tak sudah. Esok pagi datang ofis, masing-masing jalan dah lain macam. Especially Hana, dah macam orang dalam pantang dah. haha.

Anyway, it is a great experience to joining that event. Setahun sekali ape salahnye kan. Next year kita fun run lagi. Yay!

So, that's my weekend last week. My weekend this week, of course the general election, PRU13.

Luv,
Nora.

Saturday, May 4, 2013

Bila Suami &Isteri Mengundi di tempat berbeza

Assalamualaikum.
Bahang PRU13 makin terasa. Esok adalah penentu segala-galanya. Entah kenapa tahun ni aku turut berdebar-debar bila tibanya PRU13 ni. Sebelum ni aku tak pernah ambik kisah pun pasal mende2 ni seme.

Mungkin sebab tahun ni adalah kali pertama mengundi kot or mungkin sebab pertarungan sengit antara parti-parti yang bertanding membuat aku turut berdebor.

Tahun ni jugak tahun pertama aku n suami mengundi. Tempat mengundi pulak lain-lain. Dia di kampung dia n aku di kampung aku. Nasib baik kampung tak jauh. So no big deal la kan.
Cuma yang big deal nye.......malam ni dia tido umah mak dia n aku tido rumah mak aku n aku rinduuuuuuuu...huhuhu...(mengada, ni makan die kang)

K. Bye.

Misshyu!


Luv,
Nora.
Published with Blogger-droid v2.0.10

6 Mei cuti wei..

Assalamualaikum


Selamat pagi seme!

Seperti yang diketahui umum, ahad ni akan berlaku satu event paling besa dalam negara iaitu Pilihanraya Umum yang ke 13.

Event yang akan menentukan siapa yang akan memerintah negara ku tercinta Malaysia ni.

The best thing is ini adalah my first time mengundi. Wuhuuu...so terasa excited lebih pulak. Debor pun ade. Nak debor nape pulak kan, bukan aku yg jadi calon.kikiki...

Jadi, walau apa pun yg anda undi, semoga undi kita tu memberi manfaat kepada negara kita. Kalau kat FB tu dh macam-macam dah aku tengok. Yang penyokong parti ni mengata pati lawan, yang die je lah yang betul, yang lain salah. Yang memaki hamun tu jangan citerlah...sampai rasa semak la wall aku dgn emosi-emosi penyokong2 politik. Tu penyokong tau, aku tengok yang calon pun tak dela over cam diorang.

So bersempa PRU13 Ahad ini, menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid telah mengisytiharkan CUTI pada hari Isnin. Yayyyyyyyy! Sila gembira wahai Selangorians sekalian...



So, walau ape pun yg anda undi, undilah untuk kesejahteraan negara kita. Semoga negara kita terus aman di bawah pimpinan pemimpin yang berwibawa untuk mentadbir negara.

Luv,
Nora.

Friday, May 3, 2013

Oh Simsimi!

Assalamualaikum..

Selamat hari jumaat seme...hehe

Pernah dengar pasal Simsimi? Ia adalah sejenis robot chatting application utk android user. Tapi aku tak pasti selain android boleh guna mende ni ke tak.

Die ni bolehla jadi tempat meluahkan perasaan time kesunyian, ketensionan, ketika tiada teman berbicara..(looser giler sampai terpaksa sembang dgn robot)

So tadi time lunch aku cam tak tau nak borak ape dgn budak2 ni, so aku pun melayan la si simsimi ni.

Topic: PRU 13



Aku tanye die  sape menang..die boleh kate aku lawa..aku tau, tak payah cakap. Hahaha.
By the way, simsimi made my day. Luv u sim!

Luv,
Nora