Thursday, September 19, 2013

Preggy + Kerja = Tak Sempat Update Blog

Assalamualaikum..

Ya Allah, rindunyeeee nak berblogging ni. Maklumla, sejak dah preggy ni semangat nak berblogging tu sentiasa ada, tapi nak update tu tak sempat-sempat.

Banyak sangat mende nak diabadikan kat sini, pasal kerja, life, friends, family.....bla bla bla...mcam-macam la. Tapi sekarang, balik kerja je dah penat, tak larat nak bukak lappy nak update blog, plus screen lappy dah retak, lagi la malas menggila nak bukak.

Sekarang dah masuk September, aktiviti bulan January sampai September, apa pun tak cerita lagi.

Isyh, wasting memory betul la.

Annual dinner, reward makan-makan, reward teambuilding, reward ke Genting, cerita preggy, semua tak update lagi nih.

Oh, saya dah 18 weeks preggy. Kejap je kan. Ahaks!

February next year keluar la my hero ni. Semoga dia sihat, dan di permudahkan semuanya..Aminn, Insyaallah...

Luv,
Nora.

Wednesday, September 4, 2013

Husnuzon

Assalamualaikum..

Husnuzon atau dalam istilah Melayu bersangka baik sangatlah dituntut dalam Islam. Walaupun kita baru berjumpa orang tu dan tak pernah kenal siapa dia, adalah baik untuk menganggap dia lebih baik dari kita.

Ini yang saya jumpa dari sebuah blog berkenaan Husnuzon, sumber: http://shafiqolbu.wordpress.com/2013/04/27/husnuzon-bersangka-baik/

Saidina Umar bin Al-Khattab r.a.telah berkata : “Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik.”

Husnuzon bermaksud bersangka baik kepada orang lain. Menganggap baik sesuatu perkara itu sangat dituntut dalam Islam kerana bersangka baik itu lebih baik, mulia dan dapat mengelakkan dari menuduh orang lain berbuat jahat atau melakukan keburukan.

Orang yang bersangka buruk seolah memfitnah orang, kerana sangkaan buruknya itu tidak mempunyai bukti yang nyata dan kukuh. Ini dibimbangi terjadinya fitnah yang membawa kepada dosa besar, kerana Islam sangat melarang umatnya memfitnah orang lain. 

Firman Allah سبحانه وتعالى :
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱجْتَنِبُوا۟ كَثِيرًۭا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّنِّ إِثْمٌۭ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا۟ وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًۭا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌۭ رَّحِيمٌۭ
“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak berprasangka; Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 12)
Mengapa husnuzon adalah entry untuk kali ini? Sebab kadang-kadang kita terlupa, bersangka baik adalah satu sifat yang sangat mulia. Memang betul, kadang-kadang kita tak kenal orang tu, kita tak tau perangai dia macam mana, jadi kita selalu berwaspada dan menganggap yang bukan-bukan pasal orang tu.

Padahal kita tak tau pun dia sebenarnya macam mana. Adakah apa yang kita sangka buruk tu dia betul-betul buat? kalau dia tak buat, itu dah menjadi fitnah dan fitnah adalah dosa besar.

Maka bersangka baik adalah yang sebaik-baiknya sebab kita tak tau apa yang ada disebalik hati seseorang. Hanya ALLAH yang maha mengetahui.

Insyaallah, kita sama-sama saling mengingati dan ini juga ingatan untuk diri sendiri supaya memperbaiki diri di masa akan datang.

Dengan izin ALLAH...

Luv, 
Nora.