Friday, June 29, 2012

Sneak peek

Assalamualaikum

 
Can u see it?

Luv,
Nora

I still luv u

Assalamualaikum...

Satu insiden di pagi hari semasa melintas jalan:

Suami: Yang, cepat yang..nanti kena langgar..
Isteri: Takpela, biarla ayg kena langgar.
Suami: A'ahkan... (sambil sengih kerang)
Isteri: (geram menahan rasa...grrrrrrrr)

Anyway I still luv u...weheeeehee..


Tuesday, June 26, 2012

feeling tawar tawar

Assalamualaikum...

Bila anda sudah rasa tidak lagi bersemangat / malas / tidak bermotivasi / perkara yang semaksud dengannya, itu bermakna anda sudah tawar hati dengan sesuatu itu.

Sekian. 

Luv,
Nora

Friday, June 8, 2012

Baru? Semuanya baru..

Assalamualaikum..


Salam hari Jumaat .. =))


Sila bina ayat menggunakan perkataan BARU:

  1. Saya baru berkahwin.
  2. Saya ada handbag baru sebab saya baru kahwin.
  3. Saya ada kasut baru sebab saya baru kahwin.
  4. Saya ada perfume baru sebab saya baru kahwin.
  5. Saya ada telekung baru sebab saya baru kahwin.
Bagus, ayat yang sungguh bongkak. (Nak tunjuk ko ade banyak barang baru lettew).
Astaghfirullahhalazim, tak baik cenggitu Amanah...maafkan saya.

Apabila kita sudah berkahwin, macam-macam mende baru kita akan belajar n kita akan dapat banyak mende baru. Sekarang baru aku tau macam mana kehidupan selepas berkahwin. Penat? Ye, mmg penat, tapi bahagia. Alhamdulillah. Bila hidup bahagia, penat macam mana pun tak rasa penat kan.

Memang betul, baru 2 minggu kahwin, belum nampak lagi dugaan yang mendatang. Harap aku dikuatkan hati n semangat untuk melawan segala apa jua dugaan n cobaan yg mendatang.

Esok majlis bertandang di rumah family Mr. Suami. Hope everything goes well.

Perkara yang paling merisaukan apabila melangkah ke alam baru ialah untuk berhadapan dengan keluarga baru. Bukan mudah. Abah, mama n adik-adik dia. Bila dah kahwin, family semakin besar n kena pandai ambil hati kedua-dua belah keluarga. Tersilap langkah, takut ada yang terasa. 

Aku bukan seorang yang pandai bawak diri actually. N plus aku seorang yg agak clumsy. Huhu... Aku agak kekok bila berada di tempat baru. Walaupun aku dah banyak kali pergi rumah mak mertua (dulu bakal mak mertua), tapi rasa kekok masih ada.

Macam mana ye nak biasakan diri?

Tapi disebabkan dah berkahwin, aku kena belajar bawak diri di tempat baru. Kena belajar macam mana nak ambik hati keluarga mertua. Kena ringan tulang, ringan otot, ringan saraf n ringan bontot..ngehngehngeh..

Harap-harap semuanya berjalan lancar...dengan izin ALLAH..


Luv,
Nora.