Sunday, April 29, 2012

Cinta Bersatu... (^^,)

Assalamualaikum...

Boleh tak nak request lagu ni masa wedding saya...saya rasa lagu ni sangat manissss untuk saya n dia..




Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu



Lirik..melodi..segalanya menggambarkan kami..
Insyaallah 27 May 2012..Cinta Bersatu...
Save the date..
(1347)


Luv,
Nora

Tiga Janji??

Assalamualaikum..

Aku n en. tunang tak pernah ada janji apa-apa pun. Sooooo...entry ni bukan pasal kami ok. Peace (^_^).
Alaaa..ni pasal cerite kat tv3 tu, yang si Liyana Jasmay n Shahrizal Jasle ke Jazle berlakon tu.
Yang ni haaa...


1st time tengok cerita ni macam best je. So aku pun follow la. memang best pun. Aku takdela minat sangat dengan si Jasle ke Jazle ni, tapi masa dia jadi Kursyi tu, manisssss je aku rase dia dengan si Dahlia (Liyana Jasmay). Tapi sayang, jodonh diorang tak lama. Kursyi meninggal sebab accident n meninggalkan 3 janji untuk Dahlia..

"Carilah sahabat sebaik-baik sahabat, kekasih sebaik-baik kekasih dan suami sebaik-baik suami"

Beberapa tahun kemudian, Dahlia masuk uni dengan menunaikan hasrat Kursyi yang nak Dahlia ambik medic, padahal si Dahlia ni minat nak jadi pakar koreografi. Ala...cikgu menari macam cikgu Linda Jasmine bini Que Haidar tu. Eh, nak tau tak, aku ada terbaca nama anak Que Haidar yang baru Cleopatra..ermmm..apa maksud die ek?


Ok, dah lari tajuk. Lepas tu, kat uni ni ada la pulak seorang mamat yg agak manis jugak jatuh cinta pandang pertama kat Dahlia, which is Yassin (Shah Iskandar). Dalam cerita ni pun aku rasa Shah Iskandar ni manis jerrrrrr....Cara dia pandang Dahlia, cara dia layan Dahlia, cara dia senyum..aduhhhh...manis banget!


Untungla ko Dahlia oii..mcm biasa, bila ada watak baik mesti ada watak jahat. Dalam cerita ni watak jahat perempuan, Sufi (Ana Dahlia - ala, bini chef riz anak chef wan tu, dia asik berlakon watak jahat je. Menjadi pulak tu..isyh isyh isyh). Watak jahat lelaki pulak, Alias (tak tau sapa, pelakon baru kot). Si Sufi ni suka dekat Yassin dari dulu, disebabkan Yassin suka dekat Dahlia, so dia ni berusaha la nak pisahkan diorang.


Si Alias ni pulak suka dekat Dahlia dari sekolah lagi n pernah cuba nak rogol Dahlia. Weeiii, tak gentleman langsung nak dapatkan perempuan main rogol-rogol pulak kan. Best men win la kan. Tapi tak sempat rogol sbb Kursyi dengan macho nye sempat selamatkan Dahlia...hhmmmmm...manis kan..Aku suka tengok cerita yang ada hero selamatkan heroin ni. Pastu sibuk la nak berangan kan.


So sekarang Dahlia berkawan bik la dengan Yassin. Dahlia ni duduk dengan maksu die kat KL. So nak dijadikan cerite, ada orang baru pindah sebelah rumah maksu dia. N tell u what, muka mamat sebelah rumah tu sebijik muka Kursyi....which is Shahrizal Jasle ke Jazle tu muncul balik la watak dia. Pengsan la si Dahlia tengok muke orang tu. Mau tak pengsan, orang tu dah mati kot, tetiba hidup balik. Tanjat mak nok....


 Nak tau sambungannya, kena tunggu selasa ni. Tapi aku selalu tak dapat tengok selasa malam. Nasib baik ada WEB KEGEMARANKU INI untuk menonton movie atau drama-drama yang dh terlepas..


Sooo..terima kasih sebab membaca.

p/s: baju Liyana Jasmay dalam cerita ni semua cantik-cantik belaka. Saya suka ok.

Luv,
Nora

Saturday, April 14, 2012

Menjelang permulaan hidup baru..part 2

Assalamualaikum..


haaaaaaa....nervousnye saya menyiapkan segala persiapan. Takut ada yang terkurang. Risau ada yang terlepas pandang. Maklumla, semua persiapan tak sampai 2 bulan. Very the express kn. Tapi alhamdulillah setakat ni semua berjalan lancar. Syukran ya ALLAH.
Sedikit check list..

  • Dokumen nikah - dah mintak tolong abang settlekan (kene follow up dengan dia lagi)
  • Kursus kahwin - dah lame settle
  • HIV Test - belum, tapi dh tau nak buat bila n kat mana n macam mana, tinggal pergi je.
  • Photographer - dah ada, nak jumpa esok nk tgk sample gambar n hasil kerja..nasib baik org sabak jugak so jimat kos pengangkutan.
  • Kad jemputan - dh tempah, insyallah dapat awal bulan 5, so masih sempat nak edar2kan.
  • Doorgift - tengah pikir nak bagi ape..adoiyaiiiiii..kalau boleh taknak la bagi jajan yg cm org selalu buat tu (makanan yg tidak bernutrisi..hehe)
Yang lain....nanti update lagi..

Luv,
Nora..

Sunday, April 8, 2012

Menjelang permulaan hidup baru..part 1

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, tarikh dah ditetapkan. Baju, pelamin pihak lelaki dan perempuan, mak andam, dah settle booking. Masih banyak lagi yang perlu dipreparekan.

Mood? Excited sbb baju sanding shantekkk n puas hati. Walaupun tak dapat Hatta Dolmat punye baju (berangan of course), dapat yang ala-ala design Hatta Dolmat pun ckup puas hati.. 

Ada banyak lagi yang nak dipreparekan. Mengharapkan kerjasama dan sokongan dari pihak keluarga. Hope semua berjalan lancar. Dengan izin ALLAH... AMIN.

Thank you ALLAH for the gift and rezeki..

Luv,
Nora

Thursday, April 5, 2012

Mirror..mirror..

Assalamualaikum..


'Mirror mirror on the wall, who is the most beautiful, cute, lovely,  kind, wonderful, gorgeous, cantik menarik kau memang the bomb girl in this whole wide world??'
-
-
-
(scroll down)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

ME????????
(pengsan, tak dapat terima kenyataan, siap muntah hijau)

Joke semata-mata ok, takde kene mengena dgn realiti. Ini semua tipu!!!!!!!!hahaha..

Motif entry ini..nak tengok citer ni..


Tapi masih belum kesampaian. Akan ku gagahkan jua ke panggung nanti. Tunggu kehadiran ku..Mirror Mirror..hahaha..(gelak witches yg jahat)

Moral of the story: Tolong jangan berbangga dengan kelebihan diri, semua itu milik ALLAH, bukan milik kita. Mekasih.

Luv,
Nora

Sunday, April 1, 2012

Kenaikan Umur & Kenaikan Pangkat

Assalamualaikum...

2 sambutan di iKnowledge apda pada (tengok, salah eja) minggu ini.
Pertama: 27/3/2012

Birthday my dear manager, Pn Tiffany yang ke....36 kot..hehe. Tiap kali birthday we olls, die la orangnye yang contribute cake. Termasuklah masa birrthday birthday (ha, salah lagi) aku tahun lepas..

teheee...ni muke tahun lepas, tahun ni x tau lagi..
So, taun ni kami, team IKM yang dh semakin berkembang bilangannye mendecide utk menyelebrate birthday our dear boss ni. N akulah orangnye yang bertanggungjawab m'beli hadiah. (tak sempat nak snap pic hadiah). Punyela payah nak plan surprise birthday utk die ni sbb die ni jenis yang tak reti duduk diam.

Nak buat time lunch, takot x sempat, nak buat lepas lunch, takut kne marah sbb time keje. Lastnye buatla time after office hour. Si junior2 ni (amboi kemain juniornye yea) pegi la prepare everything kat meeting room. Aku, syura n Ju b'tanggungjawab m'bawa Tiffany ke meeting room. Nak meeting kejap kononnye. Nak bincang pasal junior-junior yang selalu bermasalah..kuikuikui..

Syura: Tiff, boleh kite discuss kejap tak, nak bincang pasal junior2 nie. Ade problem sikit.
Tiff: Ok, tunggu kejap aa..i nak settlekan hantar proposal ni.
Syura: Tiff, kitorang tunggu kat bilik meeting yea..
Tiff: Ha, ok..u pegi lulu (dulu..die pelat)..

Sampai cair lilin dekat kek tu die tak muncul2 jugak..sabor je la..
At last, die sampai n SURPRISE!!!!!

Terus koir beramai-ramai..hikhik..

sesi memotong kek..maaf gambar kabur di situ..
Ibu beranak satu, boss yang happening..
To Tiff,

Wish you a very Happy Birthday. Hope you success in your life and always be happy with your loving husband n cute Cassandra. More prosperity for us in iK in 2012. More sales!!!yay!!!

Kedua: Majlis makan2 sempena kenaikan pangkat Suzy, Atiqah, Kavi and keconfirman Farah.

Maybe sudah menjadi tradisi di iK, sape yang naik pangkat or confirm akan belanja satu ofis makan. (tu yang best tu, so kene doakan selalu naik pangkat..hehe)
This time diorang belanja nasi lemak ayam yang super yummy n kek Chocolate Fudge yang super delicious.

Kavi n Suzy naik pangkat jadi JSE3 (Junior sales exec 3), Atiqah naik jadi JSE2, n Farah jadi JSE1..
Aku pulak jadi...kenyang dapat makan..weehehehe..

boleh nampak tak betapa yummy nye kek tu...nyum nyum..
Chocolate Fudge by Secret Recipi yg hampir selesai di baham oleh pirana-pirana ganas
Kavi, Suzy, Farah n Atiqah.. (ade gaye korang potong kek yea..)
Anyway congrats Kavi, Suzy, Farah n Atiqah. Pray for my kenaikan pangkat jugak yea..n thank you for the foods. 

So Amanah, struggle to naik pangkat. Kena catch up banyak untuk naik 1 level lagi, JSE3. Really hope boleh complete sebelum puasa. Insyallah..

Jaiyok!Jaiyok!

Luv,
Nora