Monday, October 14, 2013

Aquaria KLCC

Assalamualaikum...

Selamat tengahari & Selamat Hari Raya Aidiladha esok hari...

Esok nak raya, awak masih di ofis lagi. Tapi keje tak buat, duk mengupdate blog pulak kojenye. Bos duk belakang peratiii je pe'el ko ni kan. Hehe..

Tapi ni bukan cerita pasal hari raya, ni cerita pasal lawatan kanak-kanak riang ke Aquria KLCC. Siapa? Me, hubby and ofismate (Emma & Hana).

Actually dah bertahun dah aku ajak hubby ke sini, sejak dari zaman couple, sampai dah kawin, tapi dia bagi alasan 'Tak boleh la yang, diorang tengah tutup Aquaria, ade renovation. Tak baca paper ke?', tahun seterusnya, alasan lain pulak 'Aquaria tengah tutup, diorang basuh akuarium.' Ok fine, aku dah faham dah.haha

Tetiba time bulan June haritu (masa tu belum tau diri ini berbadan dua), hubby setuju untuk ke Aquaria. Yayyyyy!!! Hati ini bersorak gumbira. Untuk lebih happening lagi, kami ajak la sekali ofismate kami yang giler-giler kentang n jakun nak tengok ikan untuk join kami. Hehehe..

Memandakan semua malas nak drive, so kami pun pergi menaiki keretapi menuju dari Kelana Jaya menuju ke KLCC. Lama tak naik train nokkk..so, teruja giler.

Nampak tak keterujaan di situ..hehe

Since dah sampai KLCC, so wajibla ambik pic bangunan kebanggaan Malaysia tu. Tiap kali nampak KLCC, keterujaan tu tetap ada walaupun dah berjuta kali tengok KLCC especially time malam, cantik giler kottt...

sayangnye tak nmpak puncak sbb KLCC tinggi benau..hehe
Dari train ke Aquaria kena jalan kaki sikit. Boleh pilih nak ikut jalan atas or underground. Masa pergi kami ikut jalan atas sbb nak tengok view KLCC. Ada transport di sediakan tapi nak tunggu gigliran nak naik tu mmg tak la kann..Beratur kotttt...

Sampai-sampai, berpeluh jugak la. Beli tiket n the journey begin.... (maaf jika kualiti gambar tak berapa clear, dalam tu golap bebenor..)

Masuk-masuk benda pertama yang kami nampak ialah benda ni. Jangan tanya apa nama dia sebab dah tak ingat...hehe

Spesis tak ingat nama

Bagaikan diriku Tapak Sulaiman..@ Patrick!


Tahukah anda, ini adalah belut elektrik bervoltan tinggi, kalau rasa nak kena renjatan elektrik sambil menikmati lauk belut, boleh la try buat sup ke, goreng berlada pun sodap.

Kalau berani cium la buaya tu tanpa ada gelas kaca, try tengok mulut tu stabil lagi ke tak..haha

N the best part dekat Aquaria ni ialah Feeding Time!!! Time ni semua ikan berkumpul di satu tempat untuk makan. Segala jenis ikan ade kat sini. Paling seronok bebudak ni la.

encik Jaws!
abg penyelam tukang bagi ikan makan
Kebetulan time tu ada rombongan dari PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam), so meriah giler la time feeding time dengan jeritan kanak-kanak ini. Kami pun join sekali memeriahkan suasana hari raya. Huhu..

Famous giler abg aquarium tu..semua orang dok ambik gmbar die jek..
Ini ikan arapaima..(bukan yang baju putih ye..)
Tak puas hati ke dengan jaws tu..
Ni dalam terowong akuarium. Tak payah susah-susah nak berjalan sbb ko berdiri je, nanti bergerak le lantai tu. 

Happy sangat aaaa...
Dah mcm jaws dah..
Setakat air mineral, aku tak heran la..kata jaws

Keterujaan

Aku tak pasti ni ikan ape, tapi nampak unik..

Sejenis obor-obor yang cantik..
Mari mengenal jerung..
Ini adalah sejenis cacing laut..
Tau tak, cacing laut ni boleh turun naikkan badan die ke atas ke bawah ke dalam pasir..boleh imagine tak?
Haaa..camtu la..

We find NEMO!!!
Since masa pergi dah lalu atas, so masa balik kami lalu underground. Sepanjang hallway tu ada banyak lukisan n iklan2 menarik. So sebagai orang-orang yg fotogenik, ape lagi.....take photo la...

Duyung dalam aquarium bersama ikan yg lain..
Penat berjalan, duduk la jap..

Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa hanya 10 minit, jadi setengah jam..sebab nampak je gambar, 'Eh...jom2 ambik gambar', jalan lagi 2 3 langkah..'Eh gambar ni cantik, jom2 ambik lagi..'.

Lepas penat ber'Aquaria', makan, solat n tengok wayang pulerr..citer Pee Mak..

Serius kelakar citer Pee Mak, walaupun citer hantu, tapi tahap kelakarnye melampaui batas.
Sape buat citer ni ek? Kalau time tu aku preggy, dah terberanak kot sebab terlebih gelak. Haha..

Anyway, we enjoy the day..
Kalau time pergi, muke semua teruja nak train,  time balik, semua muka seposen, tak larat nak cakap, kepenatan, paling obvious Hana. Haha..

Anyway we enjoy the day.

Next entry...Genting Highland!

Luv,
Nora


Thursday, October 3, 2013

Shicida Methods

Assalamualaikum..

Pagi-pagi ni terbaca pulak satu artikel yang di share oleh akak kat ofis ni. About pengajaran untuk anak-anak. Since nak jadi bonda to be ni, I think it is good article to develop children mind sejak dari kecik lagi.. Tapi ayat yang digunakan agak santai n senang difahami:
Artikel untuk parent and parent to be..
Subject: Otak Kanan - Teknik Jepun Shichida Methods...

Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak die 2
thn pergi Sichida kelas...yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih
anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih
efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah
penggunaannya. Kelas ni mahal,kalau kelas tadika juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat ITM, tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerat aje...dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staff melayu yg lain.

Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru
seminggu aku buat kat anak aku...dah nampak keberkesanannya.

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh
hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak
soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas
hati...kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur,
ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada
dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun
pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia,
dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun
awal....sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n Ahad.

2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu
je,sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan
pendek-pendek..buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang
cepat-cepat..macam..a..b..c..d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila
kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar...potonglah gambar kat mana-mana dsb.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang
main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb.
memang le kite yang kene mengemas tapi takpe....satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis
ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi...ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan....Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai....sebab depa makan guna chopstik...chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak........sebab depa boleh simpan
semuanya dalam otak kiri....kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1
tadi, and mintak maaf kat die.....

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die
orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah
merapu takpa.....kita pun bukan tak biasa merapu....

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and
suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option
macam....bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu........ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat.....semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari....tak payah lama-lama.

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks...tak
boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak
jadi....Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai
Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak......Aku pun tengah try lagi ni...

Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca....

Kaunselor UTM pun ada cakap benda yang sama dan dia
ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna
perkataan jangan kat anak-anak.....itu lah yang anak akan buat.....so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain plak...contohnya....Tolong
senyap Abang,,,berbanding Jangan bising bang..

Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2
ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan.
 Actually my boss pun ada hantar anak dia berusia setahun ke kelas Shichida ni, tapi mmg mahal la. Kita pun boleh praktikkan sendiri kat rumah sebenarnya. Buat je flash card sendiri. And it is better kot sbb kita boleh spent time dgn anak kita instead of  hantar anak ke kelas. Itu my opinion la.

Anyway, aku akan cuba praktikkan untuk my baby nanti. Insyaallah...

Luv,
Nora.

Thursday, September 19, 2013

Preggy + Kerja = Tak Sempat Update Blog

Assalamualaikum..

Ya Allah, rindunyeeee nak berblogging ni. Maklumla, sejak dah preggy ni semangat nak berblogging tu sentiasa ada, tapi nak update tu tak sempat-sempat.

Banyak sangat mende nak diabadikan kat sini, pasal kerja, life, friends, family.....bla bla bla...mcam-macam la. Tapi sekarang, balik kerja je dah penat, tak larat nak bukak lappy nak update blog, plus screen lappy dah retak, lagi la malas menggila nak bukak.

Sekarang dah masuk September, aktiviti bulan January sampai September, apa pun tak cerita lagi.

Isyh, wasting memory betul la.

Annual dinner, reward makan-makan, reward teambuilding, reward ke Genting, cerita preggy, semua tak update lagi nih.

Oh, saya dah 18 weeks preggy. Kejap je kan. Ahaks!

February next year keluar la my hero ni. Semoga dia sihat, dan di permudahkan semuanya..Aminn, Insyaallah...

Luv,
Nora.

Wednesday, September 4, 2013

Husnuzon

Assalamualaikum..

Husnuzon atau dalam istilah Melayu bersangka baik sangatlah dituntut dalam Islam. Walaupun kita baru berjumpa orang tu dan tak pernah kenal siapa dia, adalah baik untuk menganggap dia lebih baik dari kita.

Ini yang saya jumpa dari sebuah blog berkenaan Husnuzon, sumber: http://shafiqolbu.wordpress.com/2013/04/27/husnuzon-bersangka-baik/

Saidina Umar bin Al-Khattab r.a.telah berkata : “Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik.”

Husnuzon bermaksud bersangka baik kepada orang lain. Menganggap baik sesuatu perkara itu sangat dituntut dalam Islam kerana bersangka baik itu lebih baik, mulia dan dapat mengelakkan dari menuduh orang lain berbuat jahat atau melakukan keburukan.

Orang yang bersangka buruk seolah memfitnah orang, kerana sangkaan buruknya itu tidak mempunyai bukti yang nyata dan kukuh. Ini dibimbangi terjadinya fitnah yang membawa kepada dosa besar, kerana Islam sangat melarang umatnya memfitnah orang lain. 

Firman Allah سبحانه وتعالى :
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱجْتَنِبُوا۟ كَثِيرًۭا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّنِّ إِثْمٌۭ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا۟ وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًۭا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌۭ رَّحِيمٌۭ
“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak berprasangka; Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 12)
Mengapa husnuzon adalah entry untuk kali ini? Sebab kadang-kadang kita terlupa, bersangka baik adalah satu sifat yang sangat mulia. Memang betul, kadang-kadang kita tak kenal orang tu, kita tak tau perangai dia macam mana, jadi kita selalu berwaspada dan menganggap yang bukan-bukan pasal orang tu.

Padahal kita tak tau pun dia sebenarnya macam mana. Adakah apa yang kita sangka buruk tu dia betul-betul buat? kalau dia tak buat, itu dah menjadi fitnah dan fitnah adalah dosa besar.

Maka bersangka baik adalah yang sebaik-baiknya sebab kita tak tau apa yang ada disebalik hati seseorang. Hanya ALLAH yang maha mengetahui.

Insyaallah, kita sama-sama saling mengingati dan ini juga ingatan untuk diri sendiri supaya memperbaiki diri di masa akan datang.

Dengan izin ALLAH...

Luv, 
Nora. 

  

Tuesday, July 16, 2013

Bekerjasama

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, harini genap seminggu kita berpuasa n alhamdulillah baby sangat memberikan kerjasama yang baik dengan bonda. Takde buat hal pun kan. Bagusla anak bonda nie.

Kalau setakat rasa penat tu memang ada, tapi muntah2 tu alhamdulillah takde. Rasa nak muntah ada, tapi cepat2 tukar mind set n tahan diri. Bukan apa, seksa tau nak muntah-muntah ni. Kalau boleh biarlah keadaan ni berterusan. Insyaallah..

Minggu lepas pergi check up n nurse kate baby dah 9 minggu 1 hari. So minggu ni dah 10 minggu. Rupanya dah 2 bulan dah baby ada dalam perut bonda. Hehehe...teruja giler hokay.

Hopefully baby akan terus bagi kerjasama and kita fighting berpuasa di bulan Ramadhan sama-sama ok..
Luv u my baby.. =)

Luv,
Nora.

Tuesday, July 2, 2013

A Gift..


Assalamualaikum...
Sempena birthday saya ahad lepas, hubby belikan saya handbag baru n hadiah sbb preggy jugak...hehehe..
Handbag awok dh terkopek2 dah. Warna dah berbelang2, so hubby dgn murah hatinya telah membelanja saya ini handbag..
Thank syg...we luv u much much!
We? Bonda n baby la...hikhik


Luv,
Nora

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, June 30, 2013

Hadiah Terindah


Assalamualaikum...
Harini genap usia saya 26 tahun n harini saya dapat hadiah terindah...
Alhamdulillah dah 5 minggu. Semoga semua berjalan lancar.

Terima kasih Ya Allah atas kurniaan yang tidak terhingga. Perancangan-Mu maha hebat.
Kami akan jaga anugerah terindah ini sebaik-baik nya.
Baby, please be nice to bonda ok..heeee..

Luv,
Bonda Nora.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, June 4, 2013

The Power of Word

Assalamualaikum,

Selamat pagi bloggers!

Pernah dengar tak, kata-kata yang keluar dari mulut kita adalah senjata paling tajam. Dan yang lebih teruk, kata-kata yang keluar tak boleh tarik balik. Ia akan terus tersemai n tertanam dalam hati orang yang mendengar kata-kata kita tu.

Kadang-kadang kita tak sedar kata-kata kita dah menyakitkan hati ramai orang. Tapi bila orang sakitkan hati kita balik dengan kata-kata dia, tau pulak kita sakit hati. Masa kita bercakap tu tak fikir pulak yang kita akan sakitkan hati orang lain ye dak.

Itulah manusia, diam sebenarnya lebih baik dari berkata-kata. Sebab tu orang yang banyak bercakap ni makin banyak dosa nya. Nauzubillah. 

Mungkin aku bukan orang yang sesuai untuk menasihati orang lain sebab aku pun selalu kurang bijak bila berkata-kata. Apa kata orang tu, emosi terlebih katanya. hehh..
Sebab tu kadang-kadang aku lebih suka diam, memerhati n biarkan je apa orang nak kata pada aku.

Cuma, sebagai manusia biasa yang ada tahap kesabaran dan emosi yang tak menentu, terkeluar jugak perkataan-perkataan keramat dari mulut aku. Setiap kali aku bercakap, aku akan cuba untuk tidak menyakiti hati orang. Aku cuba untuk berhati-hati dengan setiap perkataan yang aku keluarkan dari mulut ni.
Cuma bila emosi menguasai diri, mulut tak dapat dikawal, emosi melebihi fikiran akal waras, sesuatu yang tak dijangka terjadi.

Kepada sesiapa yang pernah terluka dengan kata-kata aku, maafkan aku. Aku cuma manusia biasa yang tidak pernah lari dari melakukan kesalahan. Apa yang aku mampu lakukan hanyalah memohon sejuta kemaafan. 

Aku akan cuba perbaiki diri lagi. Dengan izin Allah. Kepada yang membenci, terpulang. Aku memohon maaf, terpulang kepada anda untuk memberi kemaafan atau pun tidak. Itu hak masing-masing. Jika aku merayu sekalipun, belum tentu ada kemaafan yang aku terima.

Jadi berdiam diri adalah lebih baik. Silence is better. Dengan izin Allah, selagi kita bersaudara, sesama muslim, ikatan itu akan tetap ada. Jika tidak berkesempatan berjumpa di sini, di sana masih ada. Dengan izin Allah...


Insan kerdil,
Nora

Saturday, June 1, 2013

Seorang lagi teman menjadi puan..

Assalamualaikum..

Salam malam sabtu.

Alhamdulillah, seorang lagi teman baik saya naik pelamin. Actually majlis nikah die 19hb May haritu. So today is her reception day.

Yay! Sekalung tahniah (kenapa kalung ek) diucapkan kepada BFFFFFF saya, Puan El-leida Jaafar yang telah selamat bergelar isteri kepada Incik Hafifi. Sedikit flashback semasa hari pernikahan nye..

Cantik kan dia..hiiiiiii
Majlis nikah dia awal 2 minggu sebab tok kadi nak pergi umrah. But it's ok, semuanya berjalan dengan lancar n meriah sekali. Dia pun just invite close friend je masa nikah ni.

Menyarung the ring!
Memang gojes sangat la kawan aku sorang ni. Hihi.. Dulu masa sekolah kalau keluar dengan dia mesti ada suara-suara sumbang berbunyi seperti "hi awak.." "phewwitt" "hi yg tudung biru tu"..saya dah perasan cun dah sbb kitorg kalau keluar mesti plan nak pakai warna sama, so aku pun perasan la kena ngorat sbb pakai tudung biru, rupanya ngorat dia...kuikuikui..giler perasan..

Gambar bertiga je..suami tak datang..ada hal.

So...today is her big day. Unfortunately, me n hubby sampai lambat sbb jalan jem giler dekat Ijok. Oh my my my...so sorry dear Leida.

Ini adalah bukti kesesakan itu.
But Alhamdulillah we manage tu sampai around 2.15 ptg. Dah lengang dah.Orang dh tak ramai. Tapi sempatla jumpa bakal besan, si ibu mengandung yg ayu, Pn Hani. Lupa sangat nak ambik gambar dgn dia.

Tapi ambik gambar dengan pengantin adalah wajib.

Sangat ketara aku dah bambam..ketam betol!
Leida adalah kawan baik aku dari tingkatan 6 sampai sekarang. Dulu cikgu panggil kitorang kembar, mana ada aku mesti ada dia.

Kitorang ada minat yang sama, taste yang sama dari segala segi. Kitorang suka keluar pegi Sg Besar naik moto, park moto kat depan KFC lepas tu berjalan la 1 pekan dari kedai ke kedai. Kadang-kadang tu lepas balik sekolah, petang tu keluar lagi pergi jalan-jalan. Kadang - kadang sampai maghrib baru balik.

Dia adalah penasihat n pendengar yang baik. Selalu bagi aku aura positif. Itu yang paling aku suka kawan dengan dia. N aku adalah reminder dia sebab dia selalu lupa banyak hal. Hahaha.

Rindunya zaman dulu kala. Kalau masa dapat diulang, aku nak kembali ke waktu itu.

Tapi kitorg mula terpisah lepas masing-masing masuk U yang berbeza. Dia USM n aku UiTM. Tapi aku pernah la datang USM tido semalam kat hostel dia n dia bawak round-round Penang.

Lepas tu dia pulak datang Arau tido semalam di rumah sewa aku n aku bawak dia round-round Arau.

Rindunya saya nak round-round dengan awak lagi.

Selamat pengantin baru!

Saya doakan awak bahagia hingga ke syurga, dikurniakan zuriat yang chumel n cute macam awak. Lepas ni kita round-round bawak anak pulak la ye. Kikiki..

Insyaallah ada rezeki kita jumpa lagi. Luv u awak!

Dari saya yang lebih cute dari awak..haha..

Peace yaw!


Luv,
Nora.


Tuesday, May 7, 2013

Ini 'rumah kita'.

Assalamualaikum,

Selamat tengahari seme!!

PRU 13 dah settle, tapi macam biasa la kan, rumah dah siap tapi pahat berbunyi lagi. Wah, peribahasa kau kan...
Terbaca satu status di FB yang agak menyentuh hati n terasa nak share di sini. Kalau share di FB, dah ramai sangat orang share kan. So kittew kan ade blog, diorang takdeww..huhu..titew share dekat blog titew je la..



" TULISAN TUN MAHATHIR
MENGAPA TUN MAHATHIR SEDIH?
Saya sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyata
kan perasaan saya, perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.
Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.
Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.
Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.
Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.
Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.
Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.
Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.
Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.
Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.
Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.
Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.
Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.
Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.
Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.
Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.
Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.
Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.
Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.
Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.
Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.
Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.
"

Benar n sangat setuju. Melayu kita sekarang masih belum sedar atau sudah lupa betapa susahnya orang dahulu cuba untuk mendapatkan kemerdekaan dan keluar dari penjajahan.
Kita layak untuk mendapat keistimewaan di bumi kita. Tanah Melayu tanah kita. Pertahankannya.

Saya bukan siapa-siapa, cuma mula rasa khuatir dengan situasi kita sekarang. Tidak mustahil tragedi 13 Mei berulang kembali jika semua ini tidak dibendung.

Semoga Malaysia akan terus aman..

Luv,
Nora

Sunday, May 5, 2013

Perfect 365

Assalamualaikum.

Selamat petang seme!

Alhamdulillah, selesai sudah tanggungjawab kepada negara harini. Saya sudah mengundi!
Yekeeeeeee.... Eh, hallooooo!! Tengok jari la...



Ini bukti ok. Ok, tangunggjawab dah selesai. 

Mesti ramai yang dah tahu pasal application Perfect 365 kan. Ala yang main mekap-mekap tu. Best giler hokay apps ni. Mungkin ramai dah tahu n dah boring pun dengan apps ni tapi aku yang ketinggalan zaman ni, masih berada di zaman paleolitik ni, baru berjinak-jinak dgn apps ni n rasa amat teruja sekali.

Apps ni boleh melicinkan muka, membesaukan mata, menghilangkan kedut di muka, memutihkan kulit, menaikkan pipi, memutihkan gigi. Tak perlu dah pakai produk Kak Ton yang comel tu. Memang boleh tutup kedai la Kak Ton lepas ni. Tapi dalam fon je la. Realiti, pandai-pandai la nak cover ye. hihi. Ko nak tukar muka kau jadi Shakira pun boleh. Nak jadi Lady Gaga, hmmh..boleh sangat.

Disebabkan aku tengah giler dgn apps ni, habis semua muka aku, aku edit n buat comparison before n after. Haha. Giler jakun.

Meh tengok perbezaannya.


Before n after..(nampak suci kan..hihi)


Before n After... smoky sangggattt 
Before n After...(nmpak sgt muka mntak iron)
Before n After..... (ayu gittew..gelii)

Nampak tak, nampak tak. Ni aku tak buat heavy sangat. Kira natural sikit la. Klau aku buat lebih-lebih kang, aku pun takut tengok diri sendiri, sampai rasa nak lempang-lempang je. Jangan kate aku, my suami pun mesti rasa dia kawin dengan salah orang. 

Ni salah satu android application yg aku rasa sangat best. Lepas ni kaum Adam, kalau ada yang nak bercinta di alam maya, kenal awek kat facebook ke, tengok profile pic kemain cantik, cun, hot, meletop, tolong jangan terpedaya dengan semua tu, kerana besar kemungkinan mereka menggunakan application ini. 

Kaum Hawa, kasihanilah kaum Adam n janganlah perdayakan mereka. Haha.
Tapi kalau tak edit diorang mesti taknak berkenalan. 
Allaa..kan lebih baik kalau jujur n just be yourself. Lelaki lebih suka begitu kan. Setiap ciptaan ALLAH itu indah, lebih-lebih lagi wanita. Jadi diri sendiri lebih baik. Insha Allah......

Luv, 
Nora.

Minggu berpenat.

Assalamualaikum.

Harini tahap kerajinan tinggi, so berduyun la entry yang akan diupdate. Jadi terciptalah satu hipotesis di mana semakin tinggi tahap kerajinan, semakin banyak entry di update.  Haha.

Minggu lepas adalah minggu yang sangat memenatkan untuk me n suami. Kenapa? Let me tell you the story.

Hari Jumaat: Pindah rumah
Lepas kerja, sampai-sampai je rumah terus kena masak sebab kawan-kawan nak datang rumah, nak tolong pindah rumah, so kenala jamu apa-apa yang patut kan. Oh lupa nak cerita. Me n suami kena pindah rumah sebab tuan rumah yang kami duduk sebelum tu nak jual rumah tu. So kami terpaksa pindah. Luckily, kami dapat rumah dekat area situ jugak tapi lain block.

So malam tu me, suami, member2 ofis, Ayu, member rumah lama suami, bertungkus lumus memindahkan barang. Alhamdulillah, semua settle mlm tu n kami tidor rumah baru malam tu. Terima kasih tidak terhingga untuk kawan-kawan seme.  N malam tu jugak, Ayu, Ema, Mira n Hana tidor rumah aku. Yela, habis kerja pukul 2 lebih, takkan anak-anak dara tu nak balik malam buta cenggitu kan. Tak suweet katenye. 

Hari Sabtu: Hantar Ayu, temankan Ema, pegi uptown
Bila semua dah balik, tinggal la Me, suami, ayu n Ema. Since Ema minta tolong suami temankan dia pasang tinted kat kereta baru dia, so aku pergi hantar Ayu balik. Jangan pikir lain, Ema n suami is a friend and saya percaya mereka. No worries. Haha.

Malam tu pulak, me, Ema n suami pegi uptown Danau Kota pulak. Asalnya nak tengok Iron Man, tapi tiket tinggal seat yang mendongak ke langit je. So terus je la pegi uptown. Sampai rumah dah pukul 12, terus collapse. Ema tidor rumah kami sebab esok pagi nak pegi fun run sekali.

Hari Ahad: World Kidney Charity Run

Pagi-pagi buta dalam pukul 5.30 pagi dah kena keluar rumah. Dengan tak cukup tidor nye. Dah macam zomba. My dear company, Asia iKnowledge Sdn Bhd join this charity run untuk beramal katenye. So kami pun bersemangat la memeriahkan majlis.

Registration start pukul 6, tapi kami sampai pukul 6.40 camtu, terus pegi solat Subuh dulu. Kami naik 1 kereta. Belasah kereta baru Ema. huhu. Yang register ramai, tapi yang datang, me, suami, Hana, Ema, Juliana, Tiffany n family and Nofal. Yang lain...ntahhhh..


The running ladies.
Tapi kat situ memang ramai orang la. Tak sangka pulak ramai yang support event-event camni. It's a good thing u know.


The running couple.



Kalau dh namanya fotogenik, campakla ke mana pun, camera itu wajib. 
Flag off dalam pukul 7.40 camtu. Ape lagi, berlari lah kami dengan semangat wajanya. Memula, memang lari bersama, tetiba, me, Ema n suami terlebih semangat pulak berlari, tertinggal la Hana n Ju kat belakang.huhu.

Fun run 5km. Penat jugak weiiii. Aku salute la yang ambik 12 km tu. Aku yg 5 km ni pun dah rase macam nak merangkak kepenatan, kalau aku ambik yang 12 km tu, mau berguling-guling la aku kan.

Alhamdulillah, berjaya tamatkan larian tanpa ada sebarang kesulitan yang amat dikesali. Settle lari, round-round la kat area situ sementara menunggu Hana n Ju. Terjumpa la dengan makhluk kidney ni.



Disebabkan zaman kanak-kanakku tak pernah jumpa mende kidney ni, so terpaksa ambik gambar dengan dia. Bangga la tu ade orang nak ambik gambar dengan dia.

The best thing is kami dapat jumpa dak tecik cute si Cassandra Lai ni. Anak Tiffany, boss kami. Dia peserta paling muda n paling cute tau.

Dah besar dah dak tecik ni. Aku kenal dia dari dalam perut mak dia lagi tau.

This girl sangat bijak, dah pandai speaking. Rasa terhibur dengan gelagat dia. Tak sia-sia mak dia hantar dia pergi class seawal usia setahun.


Shhooo cute....



Settle semua, Ema bawak round-round kat area Putrajaya, kawasan dia katanya. 4 bulan internship kat situ kan. Jalan-jalan kat Alamanda dengan harapan nak tengok Iron Man 3, tapi kecewa lagi. Pelik betul, aku rasa kitorg datang dh awal dh, tapi dah penuh. Bila masa diorang beli tiket??? Ha?Ha?Ha? Stress tahu.

Disebabkan kecewa, kami pulang dengan rasa kepenatan dan kesengalan otot yang tak sudah. Esok pagi datang ofis, masing-masing jalan dah lain macam. Especially Hana, dah macam orang dalam pantang dah. haha.

Anyway, it is a great experience to joining that event. Setahun sekali ape salahnye kan. Next year kita fun run lagi. Yay!

So, that's my weekend last week. My weekend this week, of course the general election, PRU13.

Luv,
Nora.

Saturday, May 4, 2013

Bila Suami &Isteri Mengundi di tempat berbeza

Assalamualaikum.
Bahang PRU13 makin terasa. Esok adalah penentu segala-galanya. Entah kenapa tahun ni aku turut berdebar-debar bila tibanya PRU13 ni. Sebelum ni aku tak pernah ambik kisah pun pasal mende2 ni seme.

Mungkin sebab tahun ni adalah kali pertama mengundi kot or mungkin sebab pertarungan sengit antara parti-parti yang bertanding membuat aku turut berdebor.

Tahun ni jugak tahun pertama aku n suami mengundi. Tempat mengundi pulak lain-lain. Dia di kampung dia n aku di kampung aku. Nasib baik kampung tak jauh. So no big deal la kan.
Cuma yang big deal nye.......malam ni dia tido umah mak dia n aku tido rumah mak aku n aku rinduuuuuuuu...huhuhu...(mengada, ni makan die kang)

K. Bye.

Misshyu!


Luv,
Nora.
Published with Blogger-droid v2.0.10

6 Mei cuti wei..

Assalamualaikum


Selamat pagi seme!

Seperti yang diketahui umum, ahad ni akan berlaku satu event paling besa dalam negara iaitu Pilihanraya Umum yang ke 13.

Event yang akan menentukan siapa yang akan memerintah negara ku tercinta Malaysia ni.

The best thing is ini adalah my first time mengundi. Wuhuuu...so terasa excited lebih pulak. Debor pun ade. Nak debor nape pulak kan, bukan aku yg jadi calon.kikiki...

Jadi, walau apa pun yg anda undi, semoga undi kita tu memberi manfaat kepada negara kita. Kalau kat FB tu dh macam-macam dah aku tengok. Yang penyokong parti ni mengata pati lawan, yang die je lah yang betul, yang lain salah. Yang memaki hamun tu jangan citerlah...sampai rasa semak la wall aku dgn emosi-emosi penyokong2 politik. Tu penyokong tau, aku tengok yang calon pun tak dela over cam diorang.

So bersempa PRU13 Ahad ini, menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid telah mengisytiharkan CUTI pada hari Isnin. Yayyyyyyyy! Sila gembira wahai Selangorians sekalian...



So, walau ape pun yg anda undi, undilah untuk kesejahteraan negara kita. Semoga negara kita terus aman di bawah pimpinan pemimpin yang berwibawa untuk mentadbir negara.

Luv,
Nora.

Friday, May 3, 2013

Oh Simsimi!

Assalamualaikum..

Selamat hari jumaat seme...hehe

Pernah dengar pasal Simsimi? Ia adalah sejenis robot chatting application utk android user. Tapi aku tak pasti selain android boleh guna mende ni ke tak.

Die ni bolehla jadi tempat meluahkan perasaan time kesunyian, ketensionan, ketika tiada teman berbicara..(looser giler sampai terpaksa sembang dgn robot)

So tadi time lunch aku cam tak tau nak borak ape dgn budak2 ni, so aku pun melayan la si simsimi ni.

Topic: PRU 13



Aku tanye die  sape menang..die boleh kate aku lawa..aku tau, tak payah cakap. Hahaha.
By the way, simsimi made my day. Luv u sim!

Luv,
Nora