Friday, November 28, 2014

Murah Dan Berbaloi.

Assalamualaikum...

Resam wanita, bila bershopping tak ingat dunia. Lagi2 bila barang yang dibeli tu murah dan material sangat memuaskan hati.

Sesaja nak share satu website shopping yang jadi kegilaan ku dan ofismate...

www.nile.com.my

Ini lah website yang menjual barangan murah-murah. Bukan hanya baju tapi dari segala jenis peralatan rumah. Perghh....

Cuma kena pandai pilih la...kadang-kadang tang baju tu ada yang tak memenuhi piawaian.
So kena make sure betul2 spesifikasi barang tu sebelum beli.
Tapi kami...sekali beli, sebundle terus. Beli sekali ramai2..NILE ni boleh COD dlm 24 jam. Contoh beli harini esok dapat dh.

Disebabkan kami beli banyak..so COD adalah percuma. Sebab tu kalau nak beli kena ajak kawan2 sekali. So beli ramai2..dapat la COD percuma.

Kalau tak, charge COD rm7.80 tau. Kalau tak COD poslaju pun boleh..ataupun GDEX.
Apa lagi...happy shopping!!!

Ni la bila dah sekali shopping...sedebuk sekaligus dapat. Tapi berbaloi baloi katenye..


Luv,
Nora.

Monday, November 10, 2014

Lazy Sunday Story.

Assalamualaikum..
Siapa mau ini budak?? Lelong..lelong..
Manyak comel..manyak cute..senyum manyak manis..pipi ada mulat mulat..hehe..
Sorry, budak ni saya punye...buah hati pengarang jantung aduh sayangnye..
Time ayah tido, dia taknak duk diam dgn bonda. So bonda letak dia dalam bakul tu. Kemain suka ye...

Luv,
Nora.

Thursday, November 6, 2014

Rejection.


Assalamualaikum..

When you become a sales person, the most challenging things you need to face is REJECTION. No matter what you sell, rejection is normal.

Kadang-kadang tensi jugak dengan peragai client yang pelbagai ni. Me, as a corporate sales person, assisting corporate client on corporate training program. Bukan mudah nak berdepan dengan corporate people ni. Kadang-kadang sesetengah client, jawatan dia executive dekat company gred F je pon, tapi sombongnye macam kau tu penyumbang besar kepada ekonomi negara je.

Ada pulak sesetengah client, jawatan sangat tinggi, berkhidmat untuk company gred A, tapi humble ya amat macam kengkawan-kengkawan kita je. Itu yang paling aku respect.

When talking about rejection, tak kisah la your client friendly or not, rejection tetap akan kena bila client memang tak boleh nak accept our product due to certain matters that cannot be avoid.

How to handle with rejection??
As for me, lepas letak je telefon, mulut akan membebel sorang-sorang:
'Apela, company je besar tapi budget takde nak hantar training..kedekut!'
'Hiiii..kalau taknak, cakapla taknak, tak payah la nak kata wait la, get back to you later la..' (sambil mucung2 mulut)

Lepas tu, rileks kan minda kejap bukak facebook, dah tenang baru buat call balik, call client lain. (Kantoi di situ bukak FB time keje)

Actually, bila fikirkan balik, dalam hidup, kita mesti akan terlibat dengan rejection walaupun you bukan sales person.

Rejection paling in my life setakat ini adalah bila Aisy reject direct feed (penyusuan susu ibu). Dia nak minum susu ibu, tapi dia taknak hisap direct from breast, aku kena pump then bagi dia minum by botol.

Itu adalah rejection paling mengecewakan dalam hidup setakat ini. Menjadi seorang ibu adalah sesuatu yang membanggakan bila kita dapat memberikan anak kita penyusuan susu ibu secara eksklusif.

Tapi once baby dah reject, rasa kecewa sangat2. At first memang tak boleh terima and rasa sedih gilos. Tapi sekarang, aku dah boleh terima and insyaallah second baby nanti, aku akan berusaha untuk bagi direct feed jugak.

Huh! Berazam.

Love,
Nora.

Friday, October 24, 2014

Bila emak dan anak suka selfie..

Assalamualaikum..
Sila jangan jemu sebab entry kali ni akan dipenuhi dengan gambar selfie dua beranak ni. Haha.
Mana tumpahnya kuah katenye..
Yang pelik, ini budak terlebih fotogenik. Pantang nampak kamera, mula la nak menyengih. Isyhh..kalau di bior ni mau jadi model pulak si Aisy ni..jangan di bior la kalau cenggitu.
Luv,
Nora

Saturday, October 18, 2014

Throwback: Ke Langkawi ke Kite.. (part 1)

Assalamualaikum,

Campak belakang (throwback) sikit, bulan May 2014 haritu, aku, somi n Aisy pergi bercuti dengan family mertua ke Langkawi. Dah plan nak bercuti ni sebelum aku bersalin lagi. Somi kate ni hadiah sebab lahirkan Aisy untuk dia. Haaaaa...shuweett kan. hehehe..

Kami kat sana 5 hari tau. Ha, tu baru namanya bercuti ye dok. Bertolak hari Khamis menaiki pesawat Firefly. First time i olls naik pesawat hokay. (Pesawat gitu). So I olls is teruja plus neves. .

Sampai je Langkawi, kami sewa kereta. U olls tak payah susah2 nak booking kereta sewa awal-awal, sebab, keluar je dari airport tu, berpusu-pusu orang buat bisnes kereta sewa datang approach kat kita. Ha, ko pilihla nak kereta apa, semua ada. You name it katenye. Tapi kena pandai-pandai nego harga sebab kadang-kadang ada yang ambik kesempatan dengan orang luar macam kita.

Kami sewa toyota Avanza. Besar n selesa untuk 8 orang. Harga RM300 untuk 5 hari. Ok la kan, kereta besar, 5 hari pulak tu. Berbaloi-baloi.

Dapat je kereta, terus ke hotel. Kami tinggal di Hotel Bahagia. Bahagia sangat. Haha. Walaupun bukan hotel 5 atau 4 stars, tapi puas hati la dengan bilik diorang.

Tandas bersih berkilat. Cuci guna Joy kot. mihihi
Mini pantry.
Cerminkan diri anda dulu.
Lobby.
Bahagia kan hotel ni?

Hari Pertama:

Destinasi pertama kami, tentulah---> Langkawi Cable Car.
Tempat ni sangat mencabar bagi diriku yang sangat penggayat. Mula lah aku nak imagine macam-macam. Tali kabel putus, pastu cable car jatuh, aku tersangkut kat pokok-pokok, jatuh berkecai. Hisyy..ntah pape.

Kekuda.
Sebelum naik cable car yang mendebarkan tu, terjumpa la haiwan cute ini. Elok je lepas ambik gambar dengan dia, terus brader yang jaga kekuda ni sound, 'cannot take picture'. Kita kena naik kekuda ni seround, baru boleh ambik gambar dengan kekuda ni. Alah, aku dah ambik gambar pun. Weekkk..hehe

Ni harga tiket untuk naik Skycab or Cable Car ni.

Takdela mahal sangat kan. Kira ok la, bukan selalu dapat pegi Langkawi pun kan.

Debor hokay.


Satu gondola(sky cab tu la) hanya boleh dinaiki 4 orang je. So before naik tu, dia dah siap-siap sediakan tapak untuk 4 orang naik. So, ada 4 barisan la orang beratur. Once gondola sampai and orang dalam gondola tu turun, kita kena cepat-cepat naik sebab gondola tu takkan berhenti untuk ambik orang. Dia akan bergerak je so kita kena cepat-cepat naik. Jadi berhati-hati masa nak naik n turun, Silap langkah, memang silap la kau.

Yang dalam ready untuk turun, yang luar ready untuk naik.
Masa naik, aku naik dengan somi, angah, Aisy (itu tak dikira) and sorang brader ni.

Aku ingat, aku la manusia paling gayat di atas muka bumi ni. Rupanya si Angah ni lebih-lebih lagi gayatnya.

Muka gayat sambil pegang baby.
This is my version of gayat.
Tapi seriously memang gayat. Lagi-lagi bila angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Fuhh...ketor mak nokkk. Rasa tak berpijak di bumi nyata. Tapi tak dinafikan, view sangat cantik nye lahai....

Us.
Masa ni Aisy baru 2 bulan lebih. Dia masih belum mengerti apa-apa. Yang dia tau, tido, nangis, lapar, susu pastu tido balik. Huhu. Tapi dia such a good boy. Langsung tak meragam.

Sampai kat atas, apa lagi, foto session u olls!! Mana boleh lepaskan peluang merakam kan view-view yang cecantik and indah camni ye dak.

Selat Melaka


The Family
Us again.
Kat puncak Gunung Macincang ni ada dua platform. Ni platform yang pertama. Untuk naik ke platform yang kedua, kena naik tangga sikit la.



Nampak tak platform bulat kat atas tu. Itu platform kedua. Kalau pernah tengok citer DON satu, ala yang Shah Rukh Khan berlakon tu, dia bertumbuk2 kat atas tu la. Pastu yang jahat tu nak jatuh tapi si Shah Rukh Khan tu tarik dia naik atas balik. Baik betul kan, kalau aku, ku bior je dia jatuh. Sapa suruh jahat nau. Haha. Ok, enough.


Nice kan.


Ini view dari platform ke-2. Nampak tak yang putih-putih tu, tu platform pertama tadi. Kalau u olls rasa cam dah gayat sangat n tak lalu nak naik platform kedua, lepak je la kat platform pertama tu. Tapi since dah datang jauh-jauh n dah bayar mahal-mahal, rugi la kalau berhenti setakat tu. So, perjalanan diteruskan walaupun gayat gilos.

Masa ni kesian gila kat Aisy sebab baby carrier tu terlalu panjang untuk dia, so dia terpaksa mendongak. Last2 dukung je la si dak debab tu.

Dah puas meninjau-ninjau, kami ke destinasi kedua: Parking Lot Kapal.

Actually aku tak tau nama tempat tu apa. Tapi since kat situ ada banyak kapal park, so aku namakn tempat tu Parking Lot Kapal. hahaha.

Teruja.
See, banyak kan kapal parking. Semua kapal-kapal mewah. Juta-juta punya. Kan Langkawi selalu ada tournament kapal layar antarabangsa tu, aku pun tak ingat apa nama tournament tu. So kat sini la diorang park kapal-kapal diorang.

Me, lepak dalam kereta je sebab time hujan renyai-renyai n Aisy pulak tidur.

Oh ya, dat's our Opah.
Next destination: Tempat Pembuatan Minyak Gamat

Dari kiri: Nelydia Senhak, Rohana Jalil & Leuniey Natasha. Ahaks!
Kalau dah sampai Langkawi, tak sah rasanya kalau tak beli minyak gamat. Mak aku pun siap cakap 

'Mak kirim minyak gamat yo. Wong ngomong nak kono minyak gamat ee murah. Mak arek keyrem.'

Tak faham takpe, pergi google translate. 

Gunung gamat.
Kalau nak tau, SEMUA produk kat sini berasakan gamat. Minyak gamat, sabun gamat, balm gamat, krim gamat, body shower gamat, shampoo gamat..segala-galanya gamat. Gamat dibuatnya.


Inilah dia gamat yang dah dikeringkan untuk buat semua produk yang berasaskan gamat tadi tu.

Jap, kenapa semua ibu ek. Ibu gamat la, ibu roti la, ibu negara, ibu mee (jenama mee segera). Kenapa tak bapa gamat, bapa roti, bapa negara, bapa mee. Kan lagi megah jika begitu. 

Beliau seorang bapa.

Air tongkat ali asli. Orang Langkawi memang berbudi bahasa. Jemputlah minum katanya. Somi ku pulak sibuk membelek-belek tongkat ali. Kalau bawak balik sebatang dua buat stering lock pun macho jugak ni. Kata beliau dalam hati. 

Kalau rasa tak gangster minum tongkat ali, korang boleh kokak je tongkat ali ni untuk kesan yang lebih power. Macam ni...

Baru la super power!
Selesai memborong gamat, kami ke destinasi seterusnya: Makam Mahsuri

Makam Mahsuri, salah satu tempat yang bersejarah kat Langkawi ni. Sapa tak kenal Mahsuri ni rasanya memang bukan orang Malaysia la. Lebih baik duduk Uganda je.

Tapi terus terang, tempat ni agak scary sebenarnya. Yela kan, tempat bersejarah kan. Tapi kita bukan buat benda bukan-bukan kan, so no worries la.

Lukisan dinding luar.
Again....us.
Aisy tidur lagi. Maklumla, di usia-usia begini, itu je la koje nye. Tidur sesaje. Orang sibuk berjalan, dia tidurrr....Takpe, tidurr la nakkk..



Inilah lakaran wajah Mahsuri. Kalau ikutkan gambar ni, memang cun la kan. Patutla orang jeles sampai kena fitnah. Jap, jangan confius ek, Mahsuri yang pakai kain batik tu. Yang pakai jeans ni Mahlida namanya. Hehehe.


Masuk-masuk je kami dipersembahkan dengan persembahan gamelan dari awek-awek ayu ni. Pandai betul diorang main gamelan ni. Merdu sungguh. Dari luar lagi dah dengar bunyi gamelan ni.



Ini antara patung-patung replika yang ada dalam muzium ni, menceritakan tentang kejadian pembunuhan Mahsuri.

Inilah dia Makam Mahsuri. Tu, yang belakang tu.
Jangan lupa sedekahkan al-fatihah bila dah sampai sini okay.


Ini pulak telaga Mahsuri.
Mak mertua i olls kata, dulu orang yang datang melawat boleh ambik air dari telaga ni bawak balik. Siap boleh bawak botol lagi. Katanya mujarab untuk mengubati pelbagai penyakit. 

Tapi sekarang dah tak boleh dah. Diorang buat meniaga pulak air tu. Sapa nak, kena beli. Hisyhh..pandai betul nak cari untung.


Ini pulak replika rumah Mahsuri. Pengunjung boleh naik dan masuk rumah ni kalau nak tengok sendiri macam mana rupa dalam rumah Mahsuri.

Ooo...ini la rupa dapur Mahsuri rupanya.
Buaian anak Mahsuri pun ada.
Ni katil Mahsuri kot.
Ye, adik-adik ipar i olls memang pandai menjiwai watak.

Abah lepak di pangkin Mahsuri.

Dah penat berjalan, bolehla lepak jap sambil main congkak selubang dua. Bapak besau nau congkak dia u olls. Batu dia pulak bukan calang-calang, batu sungai dibubuhnya. Jenuh la nak mengangkat. Tak tau la berapa hari baru habis main.


Dah penat main congkak, bolehla berbuai sehayun dua fefeeling bawang putih bawang merah nak kawin dengan anak raja.

Ok, dah penat meneroka tempat bersejarah ni, kami ke next destination:

Beras Terbakar.

Ini satu lagi tempat yang sangat simbolik di Langkawi. 

Mengikut cerita orang terdahulu, Pemerintahan Pulau Langkawi bertempat di Kampung Raja. Selepas kejadian pembunuhan Mahsuri atas perintah Datuk Kerma Wijaya, Pulau Langkawi telah diserang oleh pihak Siam[1]. Pertempuran yang dahsyat sehingga mengorbankan Datuk Kerma Wijaya dan panglima-panglima yang hebat telah berlaku di Selat Berhala Balik yang kini merupakan selat jalan masuk ke Pelabuhan Kuah sekarang.
Melihat kepada keadaan yang tidak memihak kepada pihak Datuk Kerma Wijaya, beliau telah mengarahkan penduduk Langkawi supaya menanam beras simpanan yang ada agar tidak jatuh ke tangan pihak musuh. Kesan kekalahan itu telah menyebabkan beras simpanan yang ditanam itu telah terbakar. Kekalahan Datuk Kerma Wijaya dan kejadian beras terbakar dikatakan ada kaitan dengan Sumpahan Mahsuri. - sumber, Wikipedia.


Katanya, inilah beras yang terbakar tu. Tak tau la betul ke idok.

Ha, kalau u olls nak shopping cenderamata atau baju-baju, kain batik atau apa sahaja untuk di bawa balik, kat sini lah tempat paling sesuai. Macam-macam ada and harganya lebih murah berbanding tempat lain. 

So, since Aisy pun dah penat berjalan seharian, Aisy nak balik tidooo..


Kita sambung journey di next entry nanti...

Luv,
Nora.