Wednesday, October 31, 2012

Apa kelebihan kamu?

Assalamualaikum..

Setiap manusia dikurniakan oleh ALLAH dengan kelebihan masing-masing. Ada yg dikurniakan kebijaksanaan, kecantikan, kekayaan dan macam-macam lagila.

Cuma aku masih tercari2 apa kelebihan yg aku ada? Aku tak tau n aku masih belum jumpa. Kadang2 kite tak tau n tak perasan pun kite ade specialty tu, tapi org lain yg perasan.

Tapi in my case, aku tak tau apa kelebihan aku n orang pun tak perasan kot apa kelebihan aku. Hahahaha. Nampak sangat orang tak peduli kewujudan ko wahai puan amanah. Huhu.

Nak kata aku cantik, takdela pulak tapi alhamdulillah syukur cukup semuanya.
Nak kata aku kaya, jauh ayam golek dari bara api.
Nak kata aku pandai, takdela dapat anugerah naib canselor pun.
Nak kata aku pandai masak? Huh, lagila bagai planet pluto dgn matahari.

But I'll try to figure it out. Coz I believe ALLAH ada kurniakan kelebihan dalam diri setiap manusia cuma kita tak sedar kita ada kelebihan tu.

Insyallah, ALLAH sentiasa menjanjikan yg terbaik untk setiap hamba-hambaNya.

Perlu sentiasa bersangka baik pada ALLAH..♥

#muhasabah diri sebelum pejamkan mata#

Selamat malam.

Luv,
Nora

Published with Blogger-droid v2.0.9

Bila Hujan..

Assalamualaikum..

Situasi normal bile hujan:

JAMMED

Tapi hujan adalah rahmat, so jgn sekali-kali mengeluh bile hujan..

'adoiii..hujan la pulak. Confirm jem ni.'

Tapi bile tak hujan, lain pulak bunyinye..

'adoiii..panasnye. Kalau hujan kan best,sejuk je..'

Biasela human memang cenggitu kot. Kurang rase syukur.

Jadi, jadilah seorang yg sentiasa bersyukur dalam apa jua keadaan.

#muhasabah diri di kala hujan di dalam kesesakan#

Luv,
Nora

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, October 30, 2012

Mudahnye ade Blogger-droid


Assalamualaikum..
Testing2..hihi. Saya update blog diz time gune blogger-droid. Android application for blogger2 sekalian.
Dengan ini semakin mudahla aku nak menghupdate blog haku ni.  Yeah!!!!!


BestnyeeeEee teknologi ini. =)
Orang malas update blog Mcm daku ni mmg sonok sesangat la ade apps camni.

Selamat tinggal ACER pinkku.


Luv,
Nora

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, October 25, 2012

Insan Terpilih sempena Aidiladha

assalamualaikum..
salam aidiladha.

sempena kedatangan aidiladha,ramai org kt ofis dh cuti. tinggallah kami insan-insan terpilih untuk menghuni ofis.

so disebabkan tak ramai org, ni aktiviti kami..




Ok,

salam aidiladha.

Luv,
Nora

Tuesday, October 23, 2012

Another Birthday Celebration

Assalamualaikum n salam Jumaat..

Wah, sudah begitu lama tidak meng'update' hape-hape di belog tercinta. Namun begitu, begitu banyak mende, perkara, kisah, cerita yang ingin dikongsi.

Bermula cerita baru, sila tutup cerita yang lama.

Tapi cerita kali ni, tak baru sangat n tak lame sangat la.

Macam biasa, seperti sudah menjadi satu tradisi untuk kami yang bekerja di Asia iKnowledge Sdn Bhd ni (nama penuh gitew) especially kami yang berada di Management Division ni untuk menye'leberate' (sila eja & pronounce dgn betol) birthday ahli-ahli division kami.

And this time ialah turn my beloved hubby, Incik Eddy (6 Julai), the gorgeous ever Ms Roziah (23 Julai) n the vogue the vast ever Ms Hana (4 September).

Yes, mereka mangsa kami kali ni. Harharharhar.
Disebabkan birthday diorang dh berzaman, so diorang tak expect yang kami nak celebrate birthday diorang.

Venue kali ini ialah: Flaming Steamboat Restaurant, Sunway.

Kitorang plan dah lama, dari masa birthday K'Roziah lagi untuk celebrate sekali dengan Eddy. Tapi ada je halangan melintang patah menghalang niat suci murni kami.

Tapi this time, kena jalankan jugak. Aku ditugaskan membeli hadiah untuk K'Roziah n Hana. N yang lain beli hadiah untuk Eddy.

Disebabkab kami dah lama tak de makan-makan bersama, so kami plan la nak pegi makan-makan. Kebetulan pulak K'Roziah n me ada voucher steamboat tu. So mmg cantek la kan. N kebetulan pulak Puan Mai n Ms Julianna nak open table sempena confirmation diorang n naik pangkat. Makin cantik, cun, kedebabom la kan.

Pada hari kejadian, Nadia ditugaskan untuk berlakon, konon-kononye tunang dia telefon n die cakap kat luar n die masuk lambat sikit. So nanti Emma akan keluar panggil Nadia masuk n diorang bawak kek n hadiah sekali n then 'SURPRISEEEEEE!!!!'

Tetapi tidak menjadi. So tukar plan. Lepas dah makan2, Emma n Puan Mai yg keluar kononnye nak pegi sembayang n ambik telekung kat kereta.

Then diorang masuk bawak kek n hadiah..TADAAAA!!!

Yang pelik diorang bertiga boleh tanya 'Eh, birthday sape ni?' Yela kan, dah lama sangat kan.huhu..
Sekali tengok nama atas kek baru noted tu birthday diorang.
So, plan kami menjadi...hihi..

The yummy cake
 
Disebabkan perut kenyang sangat makan seafood2, so kek ni kurang mendapat sambutan. Tapi honestly kek ni super yummy..sedap sgt, tak manis, n rasa coffee die tak kuat. Just nice.

the bithday people..
Muka tak sangka dapat celebrate birthday..kuikuikui

hamboihh..kemain cik nadia yea..
ye en.eddy..ade pape nak ckp ke..hihi
Inilah yang di panggil fotogenik..saannnggatttt..

disebabkan terlebih makan..cik hana tertidor..hihi

wajib ada..happy belated birthday yang...
nama saya Cik Ted..k'jiah ade kawan baru..
Dh boleh timang anak la lepas ni kaaannnnnn..
bertambahlah koleksi baju yea...
si ibu mengandung...
ok..dh kenyang boleh balik la ye..
tak payah nak muncung2 sangat la puan amanah ooiiii..
So that's it. Hope everyone happy dengan session kali ni.
Next is......
Kite tunggu nanti la yea..

K. Bye!


Luv,
Nora