Wednesday, February 29, 2012

29 February 2012

Assalamualaikum..



29/2//2012...bukan senang nak dapat date ni tau. 4 taun sekali baru dapat tau. So aku gigihkan diri jugak post something kat my dear blog ni.
What happen in 29 February 2012:

  1. My dear darling went for interview and he got the job. Congrats syg!Alhamdulillah...
  2. Pegi tengok Adnan Sempit 2...beshhhhh!!!!
  3. Dapat housemate baru..ustazah ok..kene behave sikit..hikhik (gelak sopan)
  4. 1st day of P*****...(*o*)v
  5. Rase penat giler n ngantuk...
N the best thing that happen today is the number 1. Thank you ALLAH for gift. Benar, Dia selalu mendengar doa-doa hamba-hambanya. Dia akan tolong hamba2nya tak kira cepat atau lambat.

Chiao... 

Saturday, February 25, 2012

Aku, Kamu, Sahabat Selamanye..

Assalamualaikum...

Memory masa muda, masa umur 18 or 19 tahun, aku selalu hang out dengan seorang kawan baik aku ni. Bila dh hang out memang lupe dunia. Walaupun pekan kecik je, tapi hampir semua kedai kitorang jelajah. Tak tau penat langsung. Park motor kat satu tempat, then kitorang jalan kaki pusing satu pekan. Boleh dikatakan hampir setiap minggu, itulah aktiviti kitorang.

Masa tu kitorang single lagi, n suka hati la nak buat apa. Time tu, mak n bapak pun tak kisah asalkan tak balik lewat. Penat berjalan, duduk minum2 kat satu kedai sambil bergosip, bersembang panjang. 

Nak tau tak, how I miss that moment. Miss sangat2. Bile dah lepas sekolah, masing-masing terpisah bawak haluan masing2. Belajar pun kat tempat lain2. Dah takde lagi aktiviti tu. Nak-nak pulak sekarang masing2 dh kerja. Lagila nak cari masa nak spent time sama-sama pun susah.

Aku, bila ada masalah, tengah susah hati, serabut, I need friend or someone yg aku boleh share, boleh hilang kan sekejap stress, sbb aku seorang yg mudah down. 

My boss, Tiffany ckp, aku dh hilang semangat nak kerja, bila nampak orang lain dapat sale sedangkan aku punya sale semakin jatuh merudum, aku terus jadi down n aura negatif mula menguasai diri. Bila aura negatif dah menguasai diri, semangat dah takde, semua mende yang kite buat mesti tak jadi. Bak kate Tiff, 'You aaa, selupa itu belum masuk berperang you sudah mati..'.
Ayooo..betol ke Tiff?

Memang betol, aku pun dapat rasa semua tu. Cuma aku tak tau kat mana aku nak cari balik semangat tu balik macam masa aku dapat sale RM54k dulu sbb aku rasa sekarang ni hidup aku makin teruk. Keadaan kewangan yang tak menentu n sangat sempit, nak kawin tapi mcm2 masalah melanda sampai aku memang dh nervous giler sekarang sbb sekarang dah nak masuk bulan 3.

Sebab tu aku perlukan seorang kawan utk bercerita. Aku nak cari balik semangat aku, tapi aku tak tau kat mana. Seorang sahabat yang baik akan selalu ada dengan kita walau macam mana susah pun kita, aku tak tau adakah aku mampu menjadi sahabat sepeti itu. Mungkin sekarang aku dah jadi orang yg pentingkan diri sendiri sehingga sahabat pun menjauh n aku dah takde sahabat baik lagi.

N sekarang, aku adalah sahabat baik kepada diri aku sendiri. Apa je masalah, cerita kat diri sendiri, selesaikan sendiri, bagi semangat kat diri sendiri, semuanya sendiri. Hanya kita yang boleh ubah diri kita sendiri, bukan orang lain. That's very true.

Dan yang paling penting, kita masih ada ALLAH yang sentiasa akan ada bersama kita tak kira susah@senang. Kembali pada Dia bila kesulitan melanda. Dia Maha Mendengar, Dia akan tolong kita tak kira lambat atau cepat sebab Dia Maha Mengasihi hamba-hambanya.

Terima kasih ALLAH..I LOVE YOU..

This letter just for you..


(Credit to Shea for this lovely love letter)

Luv,
Nora...

Saturday, February 18, 2012

Wedding Wedding Wedding !!

Assalamualaikum..

Since aku pun dh lame tak mengupdate blog, so aku pn membuat edisi kompilasi perkahwinan member2 ku pada hujung 2011 dan awal tahun 2012..

Pertama: Fara & Faizal

Theme colour - dark purple..
Ni kenduri kat rumah belah lelaki. Aku pegi dua-dua belah laki n perempuan, tapi mase kenduri belah pompuan lupe nak ambik gambar..(boleh tak?). Pic ni pun aku curik dari FB Fara..hehe..
Fara kawan sekolah aku dari form 3 sampai form 6 n Faizal pulak member masa form 6 n classmate En. Tunang ku...(^_^)v

Kedua: Sayanti & Pyan

Theme - Garden Wedding
Sorang lagi member sekolah naik pelamin. Sayanti, member dari form 3 sampai form 6 merangkap bestfriend n 'adik' to my En. Tunang. Ape yang best time majlis Sayanti, ramai sgt member2 sekolah turun padang. Dh mcm reunion pulak.

the glamorous wedding cake
Wedding cake die ni mendapat sambutan hangat. Belum sempat pengantin nak potong kek, dh lesap habis cuppies-cuppies. Ni pun hasil keje member kami jugak..Mizz Una..(bukan Mizz Nina yea).

Tiga serangkai - Leida, me, Hani..
Kami ialah tiga serangkai, setangkai..

Ketiga: Shida n err..Hubby (tak igt nama husband die..kihkih)

Theme colour - Blue
Shida member masa form 6 merangkap classmate my En. Tunang. Yang ni pun tak dapat tangkap gambar, thank you to Lail for the pic. Majlis dia di buat kat Dewan Tun Razak, Sabak Bernam tau..Anak guru besar ok..(^_^)v.

Keempat: Mai n Fauzi

Theme colour - White Silver
Mai ni mentee aku kat ofis..(aku dh jadi mentor ok..haha). Yang pun majlis kat umah pengantin lelaki, since Mai orang Rompin, so kitorang pegi umh belah lelaki je la kat Seksyen 5, Kelana Jaya. Dokat yo kan..melampau bonar kalao tak poie..

Aku pegi dengan....
sape lagi kalau bukan my dear tunang..
Bukan berdua je, bertiga, dengan Jue sekali. Ade jugak member ofis lain dtg..

K'jiah (tengah) dengan housemate die..

N tidak dilupe...

baby Cassandra..
Baby aku yg cute, bam bam..(perasan ok). Baby Cassandra, anak Tiffany, my boss yg cute n bam bam buat aku geram n rase nak picit2 muke die kuat2..hehe..over kn..

alololo..tengok tu, die buat buih2 pulak..hii..geram betol..
dh nantuk n penat la tu..
Lastly..
Group photo!!!

K'jiah, me, Mai, Ju, Tiff n Sue Ann
I wish u olls selamat berbahagia melayari alam rumah tangga. Ha, pesanan penaja, aku dah pegi kenduri korang ni, tolong jangan buat2 lupe dtg wedding aku yea. Nanti ada yang rumah kene bom...hahahaha..

(p/s: semakin terserlah kegemokan aku, misi diet bermula)

Chiao..

Sunday, February 5, 2012

iKnowledge Team Building & Annual Dinner

Assalamualaikum..

Yea, aku kembali mengupdate blog tercinta setelah sekian lama aku tinggalkan dek kerana kekangan masa yang tak mengizinkan. (Bizi betol ko yea..). 
Tanpa membuang masa, waktu dan ketika lagi, pada 27 Disember 2011, my dear company, iKnowledge telah mengadakan team building n annual dinner diiiiiiii.......(tengah pk nama hotel tu, nampak sgt dh lama smpai lupe nama venue kejadian)......ha, Grand Millennium Hotel, Bukit Bintang, baru ingat..(tu pun sbb bukak fb member, ade picta n venue kejadian..hehe). Dah lama dh kejadian tu berlaku, cume baru sekarang sempat nak update. huhu

Anyway below some picta n some story yang boleh saya bawakan di sini untuk menjadi sebahagian kenangan dalam hidup aku. Inilah tujuan blog ini diwujudkan sebenarnye.

Ini adalah acara pembahagian kumpulan. Masalahnye, salah sorang dari kitorang, which is Kavi, (yg berdiri tu) takde kumpulan, so trainer, En. Jumari (yg berdiri baju putih tu) terpaksa melelong Kavi. Tapi bukan dengan duit, ada caranya sendiri..hehe..
Kavi di lelong
Akhirnya, Kavi berjaya dimiliki oleh kumpula Ryan (bos besar kami). Dan sebagai bayarannya, kumpulan die kene goyangkan badan ke kiri dan ke kanan sambil berpeluk tubuh..

Ni la dendanye..kiri kana..kiri kana..hikhik..
Ni pulak kumpulan aku...

maaf kavi, tepi sikit..hehe..kumpulan aku yg duduk tu..aku, shaun, juita, huda, raihan, kacey, julianna, shila
Aktiviti pertama ialah membuat sorak untuk kumpulan masing2..
ni kumpulan....errmmm..maaf, x ingat..hehe..
ni pulak kumpulan...errmmm..maaf, tak ingat jugak.hehe..
Masing2 menunjukkan kreativiti mencipta sorak ter'havoc' di abad alam semesta ini. Memang semua hebat n kreatif pun, especially my group la kan..simple but grrrrrrrr...(sape lagi nak puji group sendiri kan).

Next activity ialah pencarian sahabat. Semua kene berpasangan dengan sahabat baik diorang kat iKnowledge. Lepas tu semua kene peluk kawan die, puji, gosok2 pipi kawan, gosok2 telinga kawan, cium dahi...nasib baik x cium lain..huahuahua..cium dahi tu pun dh ada yang kate..'no way man'..or 'u better kill me right now'..hehe..sape lagi kalau bukan our dear domino's man, Shaun...


n she is my best fren...Hana Syura..
Next, kami kene share 1 knowledge yg maybe org tak tau tapi kita tau..
she sharing about the used of daun sireh..especially utk org perempuan yg dh kawin..rugi tak dengar sbb time ni berborak dgn shaun..huhu..BTW, she is my mentee...aku dh jadi mentor ok..haha..
Ramai lagi yg sharing sebenarnye, cume banyak sangat pulak pic nye nanti kan..

Ni pulak aktiviti mulu sapa paling besar..kuangkuangkuang...

menganga seluasnya...hahaha..
Ni pulak pertandingan runaway model..I'm participated!!...haha..

yang berbaju fb itu saya..hehe..(baju uptown 10 hinggit)
Next is pertandingan mencipta kapal...
kapal diorg paling cantik..
Kumpulan aku kalah teruk..hukhuk..

semua org dh siap kitorg still kelam kabut lagi..huhu...me?dh tak tau nak buat ape..
Next, is sesi melepaskan tension, menari n menyanyi..'Kau Boleh!'...

Aku sgt over..\(^_^)/..
N the last event of the day.. our annual dinner with masquerade theme...

iKnowledge team...
Everyone happy hari tu. End of 2011, means the starting of new mission for iKnowledge in 2012. 10 millions awaiting for us. 10 millions is the magic number.

Hope we can achieve it in this 2012!!!

Chiao!!