Tuesday, March 27, 2012

Aku redha jika itu bukan rezekiku..

Assalamualaikum..

Ya ALLAH,
Jika RM13000 itu bukan rezekiku..aku redha..
Aku percaya dengan rezeki-MU..
Sudah pasti ada yg lebih baik yg akan Kau berikan nanti..
Mungkin cepat atau lambat..
Aku yakin dan percaya, Kau sentiasa akan menolong hamba-hamba-Mu..
Terima kasih ya ALLAH kerana hanya Kau yg mampu membantuku..
Bukakanlah pintu rezekiku untuk yang lebih baik..
Insyaallah..

(Mungkin akan terlepas sales bernilai RM13000 yang akan memungkinkan aku naik 1 lagi pangkat..tapi takpe, mungkin bukan rezeki aku. Akan ada yg lebih baik di masa akan datang.
Motivasi diri.. jaiyok!!!)

Mari beradu...ngantuk sudah...zzzzzzzz (-_-)

Luv, 
Nora

Monday, March 26, 2012

Kalaulah Rumah Aku Sebesar Kolej SEGI..

Assalamualaikum...


'Cantikkan rumah i...(mata ke atas tangan ke bahu)..Husband i beli Kolej SEGi ni sebagai hadiah perkahwinan we olls tau. Betapa besarnye cinta die pada i..kalau Shah Jahan bina Taj Mahal, husband i belikan Kolej SEGi untuk i untuk dijadikan rumah ok...'
(angan-angan terlampau melampau mintak penampau)

Suatu petang yg damai..aku n En. Tunang lalu la kat depan Kolej SEGi Kota Damansara. Actually ni bukan first time lalu, dh banyak kali kot. 

Tapi petang tu kami berimaginasi....
Nora:
'Yang...kalaula rumah kite nanti sebesar Kolej SEGi ni, mesti best kan..'
Eddy:
'A'ah..kita ajak mak, mama n abah duduk sama-sama. 1 bahagian kite bina reban ayam utk mak sebab mak suke bela ayam. 1 bahagian lagi kita buat bengkel masak mama n abah sebab diorang nak niaga. 1 side lagi tempat mak n mama tanam2 pokok bunga...'
Nora:
'A'ahla yang...bagus idea tu....' 

Moral of the story: Kolej SEGi ni memang cantik n besau giler kot..Kalau aku diberi peluang belajar kat sini, takkan ku sia-siakan usia remajaku. Belajar mesti lebih fokus siap boleh dapat Anugerah Naib Canselor lagi..
Memang cantikla kolej ni....


 p/s: menuntutlah ilmu sehingga ke negeri China... (^_^)v

Luv,
Nora

Thursday, March 22, 2012

Tribute to Allahyarham Haji Khalil b. Madi

Assalamualaikum..

2/3/2012 genap setahun pemergian Allahyarham Hj Khalil bin Madi, ayahanda aku. Tak sangka dah setahun dah dia pergi tinggalkan kami. Rasa macam baru je aku jaga dia, mandikan dia, suap dia makan..rupa-rupanya dah setahun dah dia pergi.

Rindu? Memang sangat sangat menipu kalau aku kata tak rindu langsung kat dia. Hanya ALLAH je yang tau betapa aku sangat-sangat rindukan dia.

Let me flash back sikit, hanya sebagai kenangan untuk mengingati arwah, tanda aku tak pernah lupakan arwah walau sesaat.

19/3/2010: Aku dapat panggilan talipon dari abang aku bagitau bapak accident n tak sedarkan diri. Bapak di bawak ke hospital Klang. Aku jadi sangat risau sbb selalunya kalau dah terus di bawak ke hospital Klang maknanya keadaan bapak teruk.
Terus aku n abang aku pegi hospital Klang. Sampai hospital bapak mmg dh tak sedarkan diri. Di bawa ke ICU.
Doktor bagitau ada darah beku yang besar kat kepala bapak n sangat berbahaya memandangkan usia bapak dh tua. Doktor terpaksa buat pembedahan utk buang darah beku tu, tapi kene buat dekat Hospital Sg Buloh sbb hospital Klang tak cukup facilities.
Malam tu jugak bapak di bawa ke hospital Sg Buloh n aku lah orangnya yang menemani bapak kat dalam ambulan.
Perasaan? Cemas, risau, sedih n macam2 lagi.
Lebih kurang 2 atau 3 pagi bapak dimasukkan ke bilik pembedahan.

20/3/2010: Selepas selesai pembedahan, bapak kene ditransfer ke hospital Klang semula sbb kat hospital Sg Buloh tak cukup katil. Bapak masih koma tak sedarkan diri (kesian bapak). N aku jugaklah orangnya yang menemani bapak sepanjang perjalanan ke Hospital Klang dalam ambulan, dengan jalan yg jem sbb pagi-pagi kan, orang semua nak pergi keje.
Sampai hospital Klang bapak terus dimasukkan ke zon merah means kritikal sementara tunggu ada katil kosong dekat wad ICU.
Petang tu barulah bapak dimasukkan ke wad ICU. Sedara-mara ramai datang melawat. Tapi 2 orang je yg boleh masuk berganti-ganti.

26/3/2010: Bapak dimasukkan ke wad trauma tapi bapak masih tak sedarkan diri. Malam pertama bapak dimasukkan ke wad biasa, aku n my dear tunangla yang jaga bapak malam tu. Malam tu keadaan bapak tak stabil, nafas dia kuat n laju. Aku panggil nurse, tapi nurse kata takde pape, geram betol aku tengok nurse tu. Aku panggil doktor bertugas malam tu, doktor cek-cek semua n doktor sedut kahak bapak melalui leher bapak yang dah ditebuk, n doktor ajar macam mana nak sedut kahak. Alhamdulillah, keadaan bapak kembali stabil.
Malam tu memang malam yg agak mencemaskan.

28/3/2010: Bapak sedarkan diri, tapi takde sape kat sisi bapak masa tu. K'ila, kakak ipar aku cakap, masa dia sampai bapak dah sedar n ada air mata mengalir kat mata dia. Bapak cuba nak cakap sesuatu tapi tak boleh, bapak tak boleh bercakap n sebelah badan dia tak boleh bergerak.
Sejak hari tu, setiap petang lepas balik kerja aku n my dear tunang akan berkejar ke hospital Klang tengok bapak. Hujung minggu pulak aku tido hospital jaga bapak. Aku belajar nak bagi susu bapak, aku belajar nak tukar pampers bapak, nak cuci najis bapak, nak sedut kahak bapak.

15/4/2010: Bapak dibenarkan dibawak balik sbb takde apa-apa lagi yang doktor boleh buat, keadaan bapak tetap sama je. N aku jugaklah orangnya yang naik ambulan temankan bapak dalam ambulan.

Sejak hari tu kehidupan aku berubah, aku n mak jaga bapak hari-hari sehingga hujung nyawa dia. Kadang-kadang tension pun memang ada. Tak kerja, tengok kawan-kawan semua dah kerja. Tapi aku tak sampai hati nak tinggalkan mak jaga bapak sorang-sorang. So aku berkorban. Pernah sekali, mak sakit sampai terduduk nak pitam, maybe sebab penat sangat jaga bapak. Aku semakin susah hati. Mak pun selalu mengadu sakit-sakit badan, yela mungkin sebab selalu angkat-angkat bapak, mandikan bapak, tak cukup tido lagi.

Pengalaman menjaga orang tua memang satu kenangan yang paling bermakna dalam hidup aku n tak mungkin aku lupa sampai akhir hayat aku.

2/3/2011: Bapak menghembuskan nafas terakhir tanpa ada sapa-sapa sedar bapak dh pergi. Masa tu aku pergi Sg Besar, nak beli barang-barang keperluan bapak. Samapai-sampai rumah bapak dh takde. Mak pun tak perasan bapak dh pergi. Mak ada kat rumah tengok tv baring dekat tepi katil bapak. Bila mak bangun nak bagi bapak minum, nafas bapak dah takde.

Tapi seminggu sebelum tu pun keadaan bapak macam dh agak nazak. Memang ada terlintas kat hati yang bapak akan pergi, tapi aku taknak terima kenyataan tu. Aku nak bapak sembuh seperti dulu. Tapi ALLAH dah tetapkan ajal bapak dh sampai n aku terima. Cuma aku terkilan sbb bapak pergi sendiri tanpa ada sapa-sapa di sisi dia. Sedih sangat. Kesian bapak.

Demi ALLAH, aku rindu bapak, rindu nak dengar dia membebel banyak-banyak, rindu nak dengar dia mengaji, rindu segala-galanya tentang dia. Rindu sangat. Takde dah semua tu lagi.

Dulu, pagi-pagi kalau mak tak tau nak buat sarapan ape, mesti bapak akan keluar beli roti canai @ lontong. Bapak selalu masuk bilik aku awal2 pagi sembayang sunat n aku selalu merungut sbb nak tido terganggu.
Bapak selalu ajar aku ayat macam-macam untuk diamalkan tapi aku buat tak tau je. Sekarang menyesal sangat sbb tak ambik tau pasal semua tu.
Bapak selalu tanya aku macam pasal Eddy sbb risau pasal aku dgn die tapi aku nak taknak je jawab.
Rindu nak dengar bunyi moto bapak balik dari masjid.
Kalau raya bapak lah orangnya yang sibuk cari daun ketupat, pasang pelita. Malam raya n subuh raya bapak akan bertakbir.
Rindu nak dengar bapak membebel..
Rindu semuanya tentang bapak..

Ada perkara yang bapak tak sempat nak tengok tentang aku...
Bapak tak sempat nak tengok aku convo..
Bapak tak sempat nak walikan aku masa aku kawin nanti..
Bapak tak sempat nak tengok aku kawin..
Bapak tak sempat nak tengok anak-anak aku..

Rindu pada dia memang tak boleh nak gambarkan. Hanya doa yang mampu aku sampaikan pada dia. Semoga arwah sentiasa di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah..

Al-fatihah... 

Setiap kali tengok gambar dia, rasa tak percaya dia dah pergi.. ='(
 Luv,
Nora

Sunday, March 18, 2012

Tercipta Untukku???

Assalamualaikum...

Mood: Mencari yang tak tau apa yg patut di cari. Just nak share favourite song dari dulu, kini n ever..


Sungguh....hanyalah dirimu yang aku cintai..
Dan sungguh...ku kan disisimu hingga ku mati..

Luv,
-Nora-