Sunday, December 25, 2011

BFF Engagement Day..

Assalamualaikum..

Dear blog,

Ehem ehem, disebabkan topik berkenaan majlis bertunang, so kene buat entry sopan santun and ayu jelita. So, sila baca dengan nada penuh sopan santun ala-ala gadis desa yang tersipu-sipu. 


Hari ini saya telah menghadiri satu majlis perkahwinan BFF saya atau disebut juga, Best Friend Forever (kawan baik selamanya). Eh, maafkan saya ye, bukan majlis perkahwinan, majlis pertunangan, tersilap pulak saya...hikhik (gelak sopan)

Yea, seorang lagi kawan saya telah pun melangkah ke alam lain, errr..maksud saya, alam baru. Bukan alam barzakh yea, tetapi alam pertunangan yang penuh pancaroba dan gundah gulana. Semoga hubungan Hani & Nazim berkekalan selamanya. 

she is Hani..cantik n jelita la die..pink lagi..i loike..
she is Hani, she is Amanah..
Sedikit info, Hani dan Nazim adalah rakan sekelas saya masa di Form 6 dulu. Mereka bercinta dari bangku, kerusi, dan meja sekolah lagi. Alhamdulillah kekal sehingga ke hari ini. (Orang suruh belajar, korang bercinta yea..samela dengan aku..hikhik..gelak sopan lagi)

Sedikit info lagi, Nazim pula adalah BFF kepada En. Tunang saya. Sesuai la kan, BFF with BFF..hikhik (gelak sopan lagi sekali).

Sedikit info lagi (banyak pulak info ngko kan), saya menghadiri majlis ini bersama En. Tunang dan seorang budak techik yang tomey n suka kamera (sepupu En. Tunang).

ni la die si budak techik tu..Ana..not Ana Raffali atau Ana Dahlia ok..


ni 'Ayah' die..hikhik (gelak sopan)

ni akak die...


peace Ana..

good Ana..

die taknak lekang dari kamera
Orang lain yang nak bertunang, saya dan Ana techik yang rasmikan pelamin Hani..hikhik, maaf Hani..


he is tunangku..
Ok, cukup-cukupla tu. Kembali kepada majlis Hani...

upacara batalkan air sembahyang..eh, silap lagik..upacara sarung cincin..hikhik..(gelak sopan mintak penampor)
cium tangan..jangan tak cium..
with her future in law family..emak nazim, mbah wedok n mbah lanang nazim

with her emak n bapak..
hantaran untuk pihak lelaki

 Sedikit info (info lagi kan), Hani gubah sendiri tau hantaran dia..she so awesome...tangan dia memang berseni, kalau aku, dah punah dah..tapi saya memang berhajat nak buat gubahan hantaran sendiri untuk majlis saya nanti..hmmmm..(cita-cita yang mesti dilaksana)


hantaran untuk pihak perempuan

Suka gubahan mereka, simple but really nice. Adore the bakul. I wish a happiness forever for both of you, Hani n Nazim. Insyaallah majlis diorang akan diadakan bulan June 2012 ni. I'm happy for both of you. Tak sangka hubungan budak-budak sekolah korang akhirnya sampai ke sini.  

Melihat kepada majlis mereka yang indah, saya teringat majlis saya dulu..hummm..
Tapi alhamdulillah, semuanya selesai dengan baik.

Psst Hani...bolehla kita berbesan nanti..hahahaha..(gelak dah tak sopan lagi)..ehem ehem..maaf..hikhik..

Chiau..

No comments:

Post a Comment