Friday, July 11, 2014

Pray for Gaza.

Assalamualaikum...

Ya ALLAH, sayu hati melihatkan anak-anak yang tidak berdosa terbujur lesu tidak bernyawa, dilumuri darah akibat ledakan bom Israeli yang tidak berperikemanusiaan.

Apa salah anak-anak ini? Mengapa mereka yang menjadi mangsa? Mengapa anak-anak ini yang mereka tuju?

Aku membayangkan apa yang terjadi ke atas anak-anak itu seperti terjadi kepada anak ku sendiri.
Betapa sedih dan pilu nya hati seorang ibu melihat keadaan anak sebegitu.

Mengapa ada manusia sekejam itu?

Ya ALLAH, kau bantulah saudara-saudara kami di Gaza.
Kau lindungiilah mereka dari kekejaman Israeli laknatullah.
Berikan mereka kekuatan untuk terus berjuang.
Beri kemenangan kepada mereka Ya ALLAH.

Kau tempatkanlah mereka yang terkorban di syurga abadi.
Hiasi tempat persemadian mereka dengan taman-taman syurga.
Damaikan lah mereka dengan angin syurga-Mu.
Sirami mereka dengan haruman syurga-Mu.
Mereka adalah insan-insan terpilih untuk berada di sisi mu Ya ALLAH.

Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih & Maha Penyayang...

Aminn...


Aku tak mampu untuk berperang, apatah lagi memegang senjata untuk membantu mereka. Apa yang termampu aku lakukan doa untuk mereka dan juga ini.....


Teruskan memboikot. Walaupun ini tidak dapat mengurangkan kesakitan dan keperitan saudara-saudara ku di sana, tapi dengan ini kita tidak menyumbang untuk ekonomi Israeli yang mana dari keuntungan ini mereka gunakan untuk membeli senjata yang telah membunuh saudara-saudara kita di sana.

Ini yang aku mampu bantu. Sekurang-kurangnya kita cuba membantu dari hanya mampu melihat. mengasihani, tapi hanya beridma diri.

Bantulah mereka, teruskan memboikot.

Luv,
Nora.

Throwback: Buka Puasa 2013

Assalamualaikum,

Salam Ramadhan Kareem!

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, entry kali ni is about berbuka puasa event but TAHUN LEPAS (2013) punye..hehe..kenapa? Sebab tahun lepas tak sempat cerita and yang tahun ni punya belum nak cerita lagi.

Tahun lepas punya Ramadhan, I'm 2 months preggy. Si budak bulat Aisy Aryan Saifuddin is 2 month in my tummy.

Tahun lepas, aku attend 3 event berbuka puasa:


  1. iKnowledge Buka Puasa @ SACC, Shah Alam
  2. iKnowledge (IKM Division) @ Grand Dorsett Hotel, Subang Jaya
  3. Super Senior Form 6 Buka Puasa + Reunion @ Island BBQ Steamboat
iKnowledge Buka Puasa @ SACC, Shah Alam

Buka puasa ni di sponsor oleh my company. Wajiblah join sebab makan free kan. Masa event tu ramai jugak company lain yang join. 
Baaaannyyyaaakkk giler menu die sampai rasa rambang mata nak makan apa. Si ibu mengandung ni memang hantam banyak mende. Kalau boleh nak pergi setiap station, nak rase semua menu. Ok, itu nafsu namanye. Ngehngehngeh..

Basically, food dia ok ok je, tak sedap sangat, takdela tak ok langsung. So so aje.

Meh, mak belanja gambo sikit.


Kuih Muih



Kenapa semua gambar kuih muih je? Sebab ini yang paling dekat dengan meja kami, yang lain kena jalan sikit, ibu mengandung semputtt..hehe


Ini meja kami. Berwarna-warni kan? Ini semua nafsuuuu..haha


And, this is us. The management division.

Tahun ni SACC buat buffet buka puasa promo lagi, boleh ler try cari kat groupon kalau teringin. Tapi disebabkan food dia so so aje, memang mak tak beli la, kalau free.....memang laju-laju aku menyerbu.

iKnowledge (IKM Division) @ Grand Dorsett Hotel, Subang Jaya

Haaaa...yang ni best. Yang ni sebab kitorang punya training memang selalu buat dekat Grand Dorsett. So they invite us to join the buka puasa event.

Meriah sangat u olls. Ada retis gitu. Jaafar Onn & Haiza. Sambil makan sambil dengar live lagu dari Jaafar Onn & Haiza. Okay la kannnn dari takde..hehe..

Food, memang tak dinafikan food memang sedap. Sebab tu mahal. Haaaa..kalau beli, RM100++ tau. Nasib baik free. Cuma pilihan makanan tak sebanyak dekat SACC. Tapi berkualiti lah.

Fazley Zainal, Haiza & Jaafar Onn

The best part is......ada Baim Wong!!!Waaaaaa...
Baim Wong? Sape? Hero sinetron Indonesia yang hensem tu la. Tak sangka u olls, dia pun buka puasa kat situ. Apa lagi....picture please Abg Baim..

Kena behave sebab En. Suami ada..haha
Tahun ni, department lain pulak yang dapat berbuka di Grand Dorsett. N diorang cerita, tahun ni ada Haiza & Jaafar Onn lagi. Memang diorang dah sain kontrak dengan Dorsett kot tiap-tiap tahun kena panggil diorang. Huhuhu.

Anyway, kalau ada budget lebih, bolehla purchase buka puasa voucher kat sini. Sangat preferable.

Super Senior Form 6 Buka Puasa + Reunion @ Island BBQ Steamboat

Yang ni memang best sebab buka puasa sambil lepak-lepak dengan kawan-kawan sekolah dulu. Reunion katenye. Yang this one, i olls and husband yang arrange.

Kenapa aku pilih Island BBQ Steamboat?
First sebab dia Malay punya, makanan best cuma tak berapa banyak pilihan especially seafood since En. Suami is seafood lover tapi yang lain semua ok, ada 2 pilihan - BBQ n Steamboat (sesetengah steamboat restorant takde BBQ), affordable price (tak mahal giler macam Seoul Garden), view yang menarik sebab dekat dengan airport Subang, boleh tengok kapal terbang turun naik setiap setengah jam.

Haaaa...banyak kan reasonnye. Hehehe.. And alhamdulillah, it was successful and everyone happy.


Moi n hubby
Baby adam yang mok mok tu masih dalam perut Hani lagi
The gurls

Kenapa cam gitu yang oii..
Yang bujang-bujang..tapi sekarang yang sorang tu dah tak bujang



Ni pasangan sweet malu-malu tapi mahu..hehe
Makan selagi boleh ye ummi n daddy..
Lambakan makanan..nyum nyum!
Ladies on the floor
The Gentleman
Since everyone kata puas hati so mak is HAPPY!!!

Thank you everyone for make it happen. Tahun ni ada lagi tapi tahun ni i tak dapat nak arrange kan since dah ade anak ni. So bagi yang bujang-bujang je la buat kerja..kannnnn.

Luv,
Nora.

Thursday, July 3, 2014

Photobook Malaysia

Assalamualaikum,

Dulu, masa zaman-zaman sekolah, i olls suka beli photo album pastu cuci gambar simpan dalam tu. Masa tu kamera pakai film. Ala yang bergulung-gulung tu. Kamera pun kemain bapak besor nau. Time tu sapa ada kamera memang hebat la.

I olls pulak dulu memang ketinggalan zaman, i olls takde kamera sendiri, so kalau ambik gambar, tumpang la kamera member-member, pastu bila member dah cuci gambar, i olls pinjam filem tu and cuci sendiri untuk simpanan sendiri. Nasib baik member-member i olls semua pemurah. Luv u olls lah!

Sayang sangat kalau memori tu tak disimpan sebab masa lalu takkan kembali kan.

Tapi sekarang, tak payah dah nak ke kedai-kedai gambar pergi cuci gambar. Sebab sekarang kita ada apa yang dinamakan PHOTOBOOK!

Ada banyak syarikat pengeluar photobook ni and salah satunya ialah: Photobook Malaysia

Photobook ni dia adalah album gambar tapi dalam bentuk buku.

Senang sangat dengan photobook ni, kita just download dia punya software then kita boleh design photobook kita sendiri. Ikut suka mu la nak design cam mane pun kan.

Kalau buruk pun, itu design kite sendiri, so nak puas hati, design la lawa-lawa.

I olls pun dah buat photobook ni untuk majlis aqiqah Aisy haritu and dah sampai pun. Yayyy!!

Front page

Back page
Ni i olls design sendiri hokay. Dalam software tu dia dah ada template sendiri, corak, frames, background, so tinggal masukkan and adjust-adjust sikit je.



Memang puas hati la kan sebab kita yang design sendiri.

Kalau beli direct kat website photobook ni mahal sikit, tapi Groupon selalu buat promotion photobook. So I olls beli kat situ je. N yang ni hanya RM10. 

Haritu photobook ada bagi free tapi i olls tak sempat nak buat, so i olls beli sendiri la. Yang RM10 ni kecik je 6"x6". Tapi puas hati la sebab cantik.

At least ada jugak kenangan kan.

Thank you Photobook!

Luv,
Nora.

Bersilat dengan Aisy

Assalamualaikum,

Semakin Aisy membesar, semakin banyak ragam n perangai baru dia.

Sekarang, nak pakaikan pampers dia adalah perkara mencabar. Time nak pakai pampers, time tu la dia nak mengiring la, nak berpusing la, nak mendongak tengok ayah die la.

Lepas mandi, nak lap badan, time tu nak mengiring
Seee....


Since sekarang dia dah pandai pegang, kena bagi dia pegang something baru la keadaan terkawal.

Kadang-kadang rasa funny tengok perangai si Aisy yang berubah-rubah ni. Tapi takpe, ni semua perkembangan yang positif untuk die. Kalau dia tak aktif macam ni, i olls pulak yang risau. 

Since die aktif, means dia ok, normal n sihat.
Alhamdulillah...


Luv,
Nora.

Wednesday, July 2, 2014

Ramadhan Yang Mencabar

Assalamualaikum..

Ramadhan tahun ni memang mencabar dan menguji keimanan jiwa dan raga ku.

Kenapa? Sebab tahun ni dah ada anak n setiap hari tak cukup tidor u olls.

Pegi keje rase lemau, kepala atas meja, cakap berbisik, mate melayut....haaa..melampaukan kan..hehe

Tiap malam i olls tido pukul 1, bangun 2 kali untuk susu kan Aisy, pukul 5 dah kena bangun untuk sahur, lepas sahur mmg takde can nak tido kalau tido confirm lambat pergi kerja. Dah la bulan puasa kena datang awal sebab nak balik awal.

Oh, lemau nyeeeeeee.......

Haip!! Amanah, tak mau gitu. Bulan Ramadhan jangan di jadikan alasan untuk kita bermalas-malasan hokay. Sila tingkatkan produktiviti! Bukak mata luas-luas! Angkat kepala!


Luv,
Nora.