Thursday, February 1, 2018

Resepi: Nasi Goreng Bayam

Assalamualaikum,

Bila dah tak tahu nak makan apa, suami I suggest sesuatu yang memudahkan isteri tercintanya untuk masak iaitu Nasi Goreng. (kemain ber'I I'..dah kenapa??)

Yay!!

I pun dengan senang hati nak masak. N kebetulan suami I ada beli bayam. Jadi untuk lebih sihat, I tambahkan bayam dalam nasi goreng I.

Untuk resepi ni, I guna bahan-bahan yang ada kat rumah je. 

Mari kita lihat resepinya....

Bahan-bahan (banyak mana, ikut agak-agak sendiri la ye):

Bawang Merah (hiris)
Bawang Putih (hiris)
Ikan bilis (tumbuk)
Cili padi (tumbuk)
Telur
Nasi
Bayam
Garam
Pak Aji

Langkah-langkah memasak:
1. Gorengkan telur & hancur-hancurkan.
2. Asingkan ke tepi.
3. Tumiskan bawang merah, putih, ikan bilis dan cili padi sampai nampak garing.
4. Masukkan garam dan pak aji ikut agak-agak sendiri la ye.
5. Kemudian masukkan bayam. Haa...bayam ni dia mengeluarkan air tau. Jadi kena tunggu lama sikit sampai air dia kering n bayam pun lembut.
6. Bila air dah kering n bayam pun dah lembut, masukkan telur hancur & nasi.
7. Gaul2 sebati.
8. Dan siap.
9. Apa lagi...melantak la..

Healthy kan..

Nak lagi best, taburkan bawang goreng masa nak hidang kan tu. Kalau nak tambah haiwan lain dalam nasi goreng ni pun boleh. Contoh haiwan: ayam, daging, udang, sotong dan yang seangkatan dengannya.

Ok, tu je.

Love,
Nora

Kenapa kucing takde tandas?

Assalamualaikum,

Pagi tadi, masa nak hantar Aisy Aryan Saifuddin ke rumah mama dia, tengah jalan kaki dari rumah ke kereta, ada la sekelompok tahi kucing atas rumput.

Then, anak I yang tersangat concern dengan persekitaran ni pun berbunyi.

"Bonda, ada taik kucing la."

"Mana?"

"Tu, Ayen nampak tu."

"Hiiii..busuk kan Ayen.."

"Aah...bonda, kesian kucing tu takde tandas. Kenapa orang tak buat tandas kucing?"

(-_-!!) 

Kau rasa??


Kadang-kadang soalan si dak Aisy ni boleh menguji ketajaman akal bonda. Huh. 

Love,
Nora.