Thursday, August 9, 2012

Cinta what??

Assalamualaikum..

"Cinta merupakan satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya, perasaan kasih sayang, tarikan, asas kemesraan dan keserasian antara perorangan, rela berkorban untuk orang lain, perasaan tertarik dan hubungan kepada alam, benda hidup ataupun makhluk lain. Ia dapat ditunjukkan melalui perasaan, emosi, kelakuan, pemikiran, persepsi dan sikap. Ia mempengaruhi, mendasari dan menetukan pola utama hubungan antara perorangan dan pengenalan diri.

Beberapa bahasa, termasuk bahasa Melayu apabila dibandingkan dengan beberapa bahasa mutakhir di Eropah, terlihat lebih banyak kosa katanya dalam mengungkapkan konsep ini. Antaranya ialah kasih, sayang, rindu, dan berahi.

Dalam cinta biasanya tersimpan seribu macam perasaan yang amat sukar digambarkan. bermula dengan rasa suka, hati berdetak, mulut tersenyum tanpa bicara, muka bertambah seri, dan akhirnya cinta itu menjadi milik kita. Amat mudah untuk melafazkan cinta, tetapi amat mudah juga melupakan cinta. Cinta yang sejati lahir dari hati yang tulus. "

Terima kasih Wikipedia for the info.

Untuk menambah knowledge kan. Selama ni orang selau sebut 'aku cinta pada kau, cinta, cinta..'
Tapi orang tau ke apa maksud cinta. 

So saya tolongla cari kan kat wikipedia apa maksud cinta ni...hihi..(takde kerje lettew)

Apa yang saya tau:

Kalau sayang, tak semestinya Cinta.
Tapi kalau cinta, mesti ada sayang...

this is cinta..
 ***my profile pic for FB n google +..tehehe..

Luv,
Nora..


Wednesday, August 8, 2012

Ya Hanana Qasidah

Assalamualaikum..

Recently rasa suka sangat dengan Qasidah Ya Hanana. Especially bila dia didendangkan oleh anak-anak yang cumel-cumel.

Actually jumpa video qasidah ni masa wedding Irma Hasmie. Selalunya artis lain kalau buat wedding panggil artis buat persembahan. Tapi yang uniknya wedding Irma Hasmie, dia panggil kumpulan In-Team dan anak-anak cumel ni untuk buat persembahan qasidah.

Rasa sejuk n tenang hati dengar.

Then, last week tertengok video Qasidah ni kat satu program di TV Al-Hijah which is program Cinta Masjid. The same anak-anak cumel yang buat persembahan ni bersama dengan kumpulan In Team and Al-Mawleed (Lah Ahmad and the geng).

Hiburan berbentuk Islamic pun boleh menghiburkan kita jugak sebenarnya. Cuma kita dah terbiasa dengan lagu-lagu, so kita lupa qasidah juga adalah salah satu hiburan. Sambil berhibur, sambil berselawat.













lirik credit to: http://akumama.blogspot.com/2012/04/lirik-qasidah-ya-hanana.html

Semoga kita sama-sama mendapat kebaikan darinya..amin..

Luv,
Nora

Tuesday, August 7, 2012

Psst...

Assalamualaikum..

Psst..malam ni Bukan Bidadari..hiiiii..tak sabar nak tengok next episod..

Jgn lupe tengok Bukan Bidadari yea.. - kata Inas..
Pic: kredit to google images..tehehe..


ok, bye!



Friday, August 3, 2012

Bukan Bidadari

Assalamualaikum..

Just finished watching one drama called Bukan Bidadari airing on Tuesday, 9 pm at TV3. What can I say??
' It's another amazing, awesome, thrill story from Film Scape!!!'

Film Scape kalau buat drama mmg kena wajib tengok. Contoh: Nur Kasih, drama tu hit ok.
Aku tau ramai yang tak perasan Bukan Bidadari ni sebab orang tengah syok dengan Dejavu di Kinabalu.

Tapi kalau follow cerita Bukan Bidadari ni mesti akan tension n geram n rasa tertunggu-tunggu nak tengok next episod.

Sedikit sinopsis, dari apa yang aku tengok setakat ni:

Syafinas or Inas dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya. Seorang anak businessman. Seorang anak yang social n suka berparty dengan kawan-kawan nya dan dimanjakan dengan ayahnya.

Satu tragedi, ayahnya mati dibunuh dengan business partnernya dan business ayahnya lingkup menyebabkan family Inas bangkrup. Inas dikelilingi kawan-kawan yang sangat baik dengan dia tapi Inas tak mengahrgai diorang dan cakap kat diorang yang diorang kawan dengan Inas sbb harta.

Inas ada seorang byofriend, Shidi, yang sayang dengan dia tapi Inas tak pernah hargai boyfriend die tu. Shidi tak tahan dipermainkan dengan Inas dan menjauhkan diri dari Inas. 

Bila family Inas diisytiharkan bangkrup, Inas dan ibunya berpindah ke kampung duduk dengan orang gajinya. Di kampung Inas berkawan dengan Kamal yang selalu tolong dia susah dan senang. Ayu, sorang lagi kawan kampung dia selalu cuba nak kawan dengan Inas tapi Inas tak berapa layan Ayu. Pada masa yang sama, Ayu suka pada Kamal, tapi Kamal dah jatuh suka pada Inas.

Satu haru Inas gaduh dengan ibunya, Inas talipon Shidi sebab stress n mintak Shidi bawak dia keluar dari kampung tu. Memandangkan Shidi masih ada hati pada Inas, dia datang ke kampung Inas dan berjumpa Inas. Ibu Inas melarang Inas jumpa Shidi, tapi Inas degil, keluar jugak dengan Shidi. 

Rupa-rupanya Shidi ada agenda lain, dia rogol Inas sebab Inas selalu main-mainkan dia.

Inas sitinggalkan dalam kebun, Kamal yang jumpa dia dan bawak dia balik. Inas mintak Kamal rahsiakan perkara tu dari sesiapa termasuk ibunya.

Sejak kejadian tu Inas berubah jadi anak yang baik dan makin rapat dengan ibunya. 

Tapi, beberapa bulan kemudian, Inas mengandung. Hanya Kamal sorang je yg tau Inas mengandung sebab kantoi dengan Kamal masa beli pregnancy test kit. 

Untuk menyembunyikan kandungan dia, Inas tipu mak dia bagitau dia pergi PLKN. Padahal dia pergi bekerja kat tempat lain. Hanya Kamal yang tau tempat Inas kerja. Kamal yang selalu lawat Inas kat sana.

Malang buat Inas, bos kat tempat Inas kerja tu gatal, n dia tahu yang Inas tipu mak dia. Bos Inas ugut Inas nak bagitau yang Inas tak pergi PLKN, Inas mengandung n kerja kat situ. kalau Inas taknak mak dia tau, Inas kena layan nafsu bos dia bila-bila masa yang bos dia nak. Inas setuju dengan permintaan bos dia.

Makin lama Inas tak tahan dengan perangai bos dia, Inas menolak. Bos dia marah dan pecat dia. 
Satu hari Inas akit nak bersalin, Inas bersalin sorang dalam bilik sewa dia. Lepas bersalin Inas lari dan tinggalkan baby die dalam kotak kat depan rumah orang. 

Kamal datang cari dia tapi Inas dah takde.

Tak lama lepas tu, Inas dapat masuk U n Inas jumpa Arif, seorang anak tan sri yang kaya raya. Arif syok kat Inas, ngorat2..dapat la kapel dengan Inas.

One day masa Inas dengan Arif tengah dating, Inas nampak Shidi dating dengan kawan lama dia. Inas menyorok taknak bagi Shidi nampak dia. Rupanya Shidi ni kawan Arif. Arif ajak Shidi duduk satu meja. Alif terkejut diorang kenal n tanya pasal Inas kat Shidi. Inas malas nak duduk lama kat situ terus pergi.

Satu hari, Kamal terserempak dengan Shidi, Kamal tau Shidi yang rogol Inas, dia pergi pukul si Shidi tu.
Esoknya masuk keluar berita Shidi mati dibunuh. Tapi tak pastila siapa yang bunuh. Nak kata Kamal, rasanya Kamal tak pukul terus. Dia sepak2 je.

Tak lama lepas tu, Arif melamar Inas. Inas setuju tapi dia nak kena balik kampung discuss dengan mak dia.
Sampai kat kampung, Inas tak berani nak beritahu mak dia sebab mak dia nak dia habis belajar dulu.
belum sempat Inas bagitau, Arif datang kampung Inas dan jumpa mak Inas bagitau dia tunang Inas.

Marahla mak Inas tu, sebab tak tau apa-apa. Mak Inas suruh Arif balik dulu sebab dia kena bincang dengan Inas. Mak Inas marah dia sbb tak bagitau n tak bagi Inas kawin. Inas bengang, Inas kata dia lebih rela mati daripada ada mak macam dia. Inas lari n ikut Arif balik KL.

Sampai KL diorang kawin. Wartawan tanya mana mak Inas, Inas cakp dia anak yatim piatu.
Mak Inas baca kat paper, Inas mengaku dia anak yatim piatu. Lagi la mak dia marah n sedih.

Mula-mula hidup diorang memang bahagia. Tapi rupanya Arif seorang panas baran. Inas ni pulak jenis social tak bertempat. Peluk pegang lelaki sesuka hati. Marahla laki dia. Tapi marah Arif ni pun melampau jugak siap pukul-pukul Inas lagi... '

Sampai situ jela yang aku tengok setakat ni. Tak sabar nak tengok sambungan minggu depan. Cerita ni lebih kurang macam si tanggang jugakla kot. Tapi lain sikit.



Kena follow cerita ni sampai habis..heeee...

Luv,
Nora.