Thursday, September 4, 2014

Short & Unplanned Trip to Penang

Assalamualaikum,

Haaa...ke Penang ke kite? Actually dah berkali-kali dah aku ke Penang since dulu aku belajar kat Perlis n Penang salah satu persinggahan la plus abg aku pun duk kat Penang. So kira Penang di macam small the pieces la sangat. Haha..

Tapi, even aku dah selalu ke Penang, aku still tak tau banyak tempat-tempat menarik kat Penang atau tempat makan best kat Penang. Kata orang, Penang ni kan syurga makanan. Kat mana yang syurga nya tu? Ha, tu yang kita tak tau tu. Hehehe...

Ke Penang kali ni bukan untuk mencari makanan pun actually, unplanned trip sebeno ye.. Kisahnya, 31 Ogos kan cuti Merdeka, so time tu aku balik kampung rumah mertua. Then pagi tu, mak mertua ajak ke Penang since dah lama dia teringin nak naik Bukit Bendera. Plus, dia nak belanja semua perbelanjaan, minyak, tol n makan2. So kami pergi for free...aduhhhh..sape boleh tolak ye dak..
So bertolak la kami pukul 10 pagi camtu. Dah lewat sebab unplanned katenye.

Kami sampai di Penang dalam pkul 3 camtu, terus shoot ke Bukit Bendera.

Ada pulak, time nak berlari2 anak ke tempat tiket, aku terpeleot dengan memakai wedges. Dah kaki injured n bengkak. Time tu tak sakit lagi. Steady lagi naik Bukit Bendera.

Muka steady naik tangga curam.
Nampak tak betapa steady nye muka. Ye, wedges itu lah yang mempeleotkan aku. Masa ni sakit sikit je. So tahan je la kan.

My in laws family
Ni la keluarga mertuaku. Adik bongsu yang tengah tangkap gambar ni, n sorang lagi, Angah tak join sebab pergi meniaga.

The baju hijau one is the adik bongsu

Inilah ibu dan bapa mertuaku. En. Ishak dan Puan Rohana. Suweettt ala manja-manja gitu kan. Romantik sangat.

Anis, Abah, Mama, Adik Ida
Aisy muka mintak kena cium kuat-kuat. Sape suruh senyum comel camtu ha.
Kami fotogenik.

Ini la cucu kesayangan atok n opah yang setiap hari dirindui. Boleh pulak dah Aisy ni senyum lebar cenggitu.

Muka teruja.


Lepas dah penat mendaki, singgah masjid negeri untuk solat maghrib, time tu kaki dah start bengkak n berdenyut, plus jalan dah terhincut-hincut. Masa solat pun, seksanya ya amat..especially masa nak duduk antara dua sujud.

Sebelum solat tu settlekan Aisy dulu, tukar pampers dia, mandikan dia, tuka baju dia. Nasib baik adik bongsu tolong, kalau tak kelam kabut jugak. Dah la dak Aisy ni dah makin lasak. 

Lepas solat, terus ke Batu Feringgi Night Market untuk jalan-jalan cuci mata n cari makan.

Sampai Batu Feringgi terus singgah satu gerai char kuey teaw ni, International Char Kuey Teaw nama nya. Betul2 depan night market Batu Feringgi.

Untuk kebaikan kengkorang, aku syorkan JANGAN makan kat sini. Service teruk plus lambat. char kuey teaw pun ke laut. Dah la masing-masing lapar sesangat. Memang frust habis.

Disebabkan kefrustsan itu, aku n somi dah takde mood nak jenjalan kat night market tu di tambah pula dengan kesakitan kaki. So, kami lepak dalam kereta je la sementara family mertua pergi reround kat situ. Lagipun, ni dah kali ketiga kami ke situ, so takpe la kan. Plus, barang-barang kat agak mahal jugak.

Habis shopping, kami terus bergerak balik kampung. Sampai Sabak Bernam, 4 pagi, fengsan semuanya.

Disebabkan ini short trip & unplanned, nanti kita pergi lagi n plan baik-baik punya ya.
Metasih mama & abah sebab belanja everything.

Luv,
Nora.