Thursday, November 22, 2012

hoiii!!

Boring hokay!
Tehehehe..kbye!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, November 21, 2012

Ceritera Aidiladha 2012

Assalamualaikum,

Seperti yang diketahui umum, Hari Raya Aidiladha sudah berkurun berlalu. Tapi malangnye daku baru berkesempatan nak update ceritera Aidiladha daku. Huh! Almaklumla, masa yang tidak menentu. Ni pun daku adakan jugak masa untuk menghupdate sebab dh rindu nak menaip cerita.

Ok, enough introduction. Let's go to isi cerita.

Hari Raya Pertama: 

Aidiladha tahun ni pastinya berbeza sebab dah berdua. N tahun ni daku beraya kat rumah mak di Lubuk Pusing sebab abg daku yang no. 4 buat korban kat kampung. Hari Kamis sehari sebelum raya tu daku n husband masih kerja lagi, so after kerja la baru balik kg. N sebelum balik kg daku diamanahkan untuk mem'pickup' anak dara abg daku kat umah makcik diorang. After tu terus zuuuppp balik kg.

Macam biasa pagi raya, pergi solat sunat hari raya dulu la. After solat hari raya, daku, suami, abg daku anak-beranak pergi menonton acara menyembelih lembu. Kalau nak tau seumur hidup daku, ni kali pertama daku tengok orang sembelih lembu secara live hokay. 

Tapi macam biasa, photo session wajib la.....

Inilah keluarga abg daku. Daku terselit di situ.
Abang daku yg pegang parang tu yg kononye hebat berparang bagai, padahal pegang kaki lembu je..hihi. =P

Itulah dia mangsa korban mereka.
Dalam kejadian korban mengorban ni husband jadi cameraman untuk merakam detik2 cemas, tapi dengan die die sekali jadi mangsa.

bukti kejadian
Dia pergi rakam video dekat2, sekali lembu tu batuk (lembu batuk?boleh?hehe..) lepas kena sembelih bersembur la darah die kena la husband. Tu yg dinamakan cameraman sejati. Punyela nak hambik shot terbaik katenye kan.

Itulah die mangsa korban kite..

Grrrrrrr...huhuhuu
Selesai ibadah korban, tengahari tu lauk semua daging la citer kan. Sup daging, daging masak kicap, daging goreng kunyit..

N macam biasa, malam ada kenduri tahlil sikit untuk arwah bapak n embah2. 
Kenduri tahun ni tak banyak sangat ambik pic, tak dan nak pic pic..huhu.

Selesai sudah raya pertama daku. Esok paginya bergerak ke rumah ibu mertuaku pulak.

Raya Kedua:

Tengahari tu, sampai2 melantak dulu ketupat ibu mertuaku. Kebetulan petang tu Angah, adik ipar daku ada pertandingan memancing kat pantai Sungai Lang, so kami pun beramai-ramai menziarahi dia di sana. Lagipun tak jauh dari rumah mertua.

Ramai giler kaki pancing join event ni. Sanggup betol diorang berpanas-panas. Dh nama kaki pancing kan.

Ni baru suku bahagian je. Ramai lagi kat hujung tu,
mama, adik, daku n husband

Orang memancing, mereka berposing.
Dah nak dekat-dekat habis masa tu baru la ada sorang pokcik tu berjaya memancing seekor ikan pari besau punye, tak ingat bape kilo dan secara otomatik berjaya membawa pulang wang tunai RM40 000.
Pokcik kayoooo!!!!!

Senang ek nak dapat duit, duduk, pegang pancing, tahan panas sikit, dapat ikan, dapat RM40 000. 
Heh, tak semudah itu ok. 
Actually tu semua rezeki jugak, kalau dah takde rezeki, ko dudukla memancing kat situ 48 hari pun, takkan dapat ikan punye.


So, raya tahun ni memang lain. Raya dengan dua keluarga. Dah tak sama macam dulu lagi. Walaupun rase tak puas raya kat kampung sendiri, tapi kena belajar biasakan diri dengan situasi baru ni. Kenalah adil kan. 
Daku? Masih dalam proses membiasakan diri. Rasanya dah semakin biasa.hehe..

Luv,
Nora

Sunday, November 4, 2012

Gathering Ex-STARP Batch 2000 - 2004

Assalamualaikum...

Hujung minggu ni adalah satu hujung minggu yang penuh dengan aktiviti. Sabtu dan ahad yang tidak membosankan. Daku mulakan entry kali ini dengan hari sabtu dulu. Next entry, ahad pulek.

Sabtu, 3 Nov 2012, (which is semalam).
Me n suami pergi memenuhi jemputan bekas rakan sekolah, Pn Hasanah ke majlis kesyukuran sempena birthday hubby die + reunion untuk kawan-kawan sekolah SMK Tunku Abdul Rahman Putra (STARP) Sabak Bernam. Sekolah lama aku dari form 3 sampai form 5. Kemapa dari from 3 bukan dari form 1? Jawapannya mudah, sebab form 1 n form 2 aku sekolah lain, masuk form 3 baru pindah situ.hehe.. 
Kenapa aku pindah, itu cerita lain hokay.. =P

Nak dijadikan cerita, event tu malam pukul 8. Kebetulan pulak malam tu hujan le pulak. Aku n suami keluar awal dari rumah, jalan-jalan, ronda-ronda, lawat kawasan jajahan kat The Curve tu dulu, kot-kot ada yg kacau kawasan aku ke kan. K'Yong katakan. (Sejak kawin dengan 'along', terus jadi k'yong kan..)

Lepas maghrib baru kitorg gerak ambik kawan suami, Awe, which is kawan aku jugak kat Kota Damansara. Then zzuuupp, terus gerak ke lokasi. Memandangkan suami tak tau jalan, so dia call cousin die, Idlan, yg mana kawan sekolah kitorg jugak tanya jalan. Then kitorang pakat jumpa kat rumah uncle Mc Dunal, then pegi sama-sama. So kami pun follow la kereta Idlan.

Sampai-sampai kat kedai tu, kawasan gelap jek. Betol ke ade event kat sini. Dh la hujan2 pulak tu. Risau jugak aku. Memang ada kedai, tapi lampu tak bukak, Seketul dua je lampu yang di on kan. Awe kate, mungkin diorg nak buat surprise kot, sebab tu tutup lampu. Hah, yo la tu.

Idlan call kata Hasanah tak sampai lagi, ni memang kedainye la. Laaa...bakponyo..tuan tanah tok sampa laie. Katanye pukul 8, dah pukul 9 tak sampa laie uponyo...

Then kitorang pun tunggu....tunggu...tunggu.. Tak nampak pulak ada kereta kawan-kawan lain yg datang. Then tunggu lagi... 
Akhirnya, tibalah orang yg ditunggu-tunggu.
Hasanah say sorry kat kitorg sebab lambat, hujan lebat katanya n susah nak bawak turun barang-barang dari dalam kereta.
It's ok la..kitorang pun takdela lama sangat tunggu, yg penting dia dah sampai.

Masuk je kedai aku jumpe bestest friend aku masa form 3.. die la angel aku masa aku kena kacau dengan budak laki masa baru pindah dulu, die pelindung n penyelamat aku... Furzeeyana Osman..

10 tahun tak jumpe die, aku jadi cam tak tau nak borak ape dengan die. Jadi cam orang baru kenal, kaku giler. Padahal dulu aku dengan die macam gigi dengan gusi..boleh?hehe.. Mana ada die, situ ada aku. Husband start jatuh cintan dengan aku pun masa aku dengan Furzee main congkak dengan husband la..hikhik. Die ni ganas tau, sebab tu aku selamat biler dengan die. Tapi sekarang ayu je...tapi, keganasan tetap ada. Cara bercakap pun masih sama.

Menu yg ada malam tu nasi ayam, bihun sup, ayam, ikan n kerang bakar, kek, puding dan etc.
Sayangnya..tak ramai pun ex-STARP yg datang. Mungkin hujan kot. Yg beria-beria going kat event invitation FB tu takde pun munculnye ha..
Tapi walaupun tak ramai, tetap meriah. Tegang urat saraf muka aku ketawa memanjang. Memang awet muda la aku kalau hari-hari ngadap diorang.

Ni la muke2 yang hadir..

Oh ye, malam tu jugak ada lucky draw. Tapi since tak ramai yg hadir, Hasanah just bagi je la hadiah tu. huhu...

This is what I got..

Tik Tok.. Jam!!
Boleh la aku letak kat dapur. Bolehlah aku menguji tahap kecekapan aku memasak degan mengira berapa lama masa yg aku ambil untuk memasak satu jenis lauk. Dengan itu aku dapat meng'improve'kan kecekapan memasak aku.haha. Ecehh..ye la tu.. =p

Dan ini yg suami dapat...

a photo frame!!
Bolehla penuhkan wall rumah dengan muka kami..kihkihkih.

Walaupun tak ramai yg datang, kami still happy sebab dapat jumpe kawan-kawan lama. Thanks tu Hasanah yang bersusah payah arrange event ni.

Next timee kita buat yg lebih grand lagi ok.

Till then..
Luv,
Nora.