Sunday, November 4, 2012

Gathering Ex-STARP Batch 2000 - 2004

Assalamualaikum...

Hujung minggu ni adalah satu hujung minggu yang penuh dengan aktiviti. Sabtu dan ahad yang tidak membosankan. Daku mulakan entry kali ini dengan hari sabtu dulu. Next entry, ahad pulek.

Sabtu, 3 Nov 2012, (which is semalam).
Me n suami pergi memenuhi jemputan bekas rakan sekolah, Pn Hasanah ke majlis kesyukuran sempena birthday hubby die + reunion untuk kawan-kawan sekolah SMK Tunku Abdul Rahman Putra (STARP) Sabak Bernam. Sekolah lama aku dari form 3 sampai form 5. Kemapa dari from 3 bukan dari form 1? Jawapannya mudah, sebab form 1 n form 2 aku sekolah lain, masuk form 3 baru pindah situ.hehe.. 
Kenapa aku pindah, itu cerita lain hokay.. =P

Nak dijadikan cerita, event tu malam pukul 8. Kebetulan pulak malam tu hujan le pulak. Aku n suami keluar awal dari rumah, jalan-jalan, ronda-ronda, lawat kawasan jajahan kat The Curve tu dulu, kot-kot ada yg kacau kawasan aku ke kan. K'Yong katakan. (Sejak kawin dengan 'along', terus jadi k'yong kan..)

Lepas maghrib baru kitorg gerak ambik kawan suami, Awe, which is kawan aku jugak kat Kota Damansara. Then zzuuupp, terus gerak ke lokasi. Memandangkan suami tak tau jalan, so dia call cousin die, Idlan, yg mana kawan sekolah kitorg jugak tanya jalan. Then kitorang pakat jumpa kat rumah uncle Mc Dunal, then pegi sama-sama. So kami pun follow la kereta Idlan.

Sampai-sampai kat kedai tu, kawasan gelap jek. Betol ke ade event kat sini. Dh la hujan2 pulak tu. Risau jugak aku. Memang ada kedai, tapi lampu tak bukak, Seketul dua je lampu yang di on kan. Awe kate, mungkin diorg nak buat surprise kot, sebab tu tutup lampu. Hah, yo la tu.

Idlan call kata Hasanah tak sampai lagi, ni memang kedainye la. Laaa...bakponyo..tuan tanah tok sampa laie. Katanye pukul 8, dah pukul 9 tak sampa laie uponyo...

Then kitorang pun tunggu....tunggu...tunggu.. Tak nampak pulak ada kereta kawan-kawan lain yg datang. Then tunggu lagi... 
Akhirnya, tibalah orang yg ditunggu-tunggu.
Hasanah say sorry kat kitorg sebab lambat, hujan lebat katanya n susah nak bawak turun barang-barang dari dalam kereta.
It's ok la..kitorang pun takdela lama sangat tunggu, yg penting dia dah sampai.

Masuk je kedai aku jumpe bestest friend aku masa form 3.. die la angel aku masa aku kena kacau dengan budak laki masa baru pindah dulu, die pelindung n penyelamat aku... Furzeeyana Osman..

10 tahun tak jumpe die, aku jadi cam tak tau nak borak ape dengan die. Jadi cam orang baru kenal, kaku giler. Padahal dulu aku dengan die macam gigi dengan gusi..boleh?hehe.. Mana ada die, situ ada aku. Husband start jatuh cintan dengan aku pun masa aku dengan Furzee main congkak dengan husband la..hikhik. Die ni ganas tau, sebab tu aku selamat biler dengan die. Tapi sekarang ayu je...tapi, keganasan tetap ada. Cara bercakap pun masih sama.

Menu yg ada malam tu nasi ayam, bihun sup, ayam, ikan n kerang bakar, kek, puding dan etc.
Sayangnya..tak ramai pun ex-STARP yg datang. Mungkin hujan kot. Yg beria-beria going kat event invitation FB tu takde pun munculnye ha..
Tapi walaupun tak ramai, tetap meriah. Tegang urat saraf muka aku ketawa memanjang. Memang awet muda la aku kalau hari-hari ngadap diorang.

Ni la muke2 yang hadir..

Oh ye, malam tu jugak ada lucky draw. Tapi since tak ramai yg hadir, Hasanah just bagi je la hadiah tu. huhu...

This is what I got..

Tik Tok.. Jam!!
Boleh la aku letak kat dapur. Bolehlah aku menguji tahap kecekapan aku memasak degan mengira berapa lama masa yg aku ambil untuk memasak satu jenis lauk. Dengan itu aku dapat meng'improve'kan kecekapan memasak aku.haha. Ecehh..ye la tu.. =p

Dan ini yg suami dapat...

a photo frame!!
Bolehla penuhkan wall rumah dengan muka kami..kihkihkih.

Walaupun tak ramai yg datang, kami still happy sebab dapat jumpe kawan-kawan lama. Thanks tu Hasanah yang bersusah payah arrange event ni.

Next timee kita buat yg lebih grand lagi ok.

Till then..
Luv,
Nora.

No comments:

Post a Comment