Tuesday, July 31, 2012

Eastin Hotel Cocktail Party

Assalamualaikum..

Seminggu sebelum puasa haritu, iKnowledge di jemput ke Cocktail Party Eastin Hotel. So sebagai pekerja yang berwawasan, saya, team IKM, mommy's in IKT, n 2 orang TC (training coordinator) telah memenuhi undangan Eastin Hotel. Thank you Eastin Hotel! \(^0^)/

Sampai kat sana, ramainya orang mmg tak hingat...Ramai sangat..maybe diorang pun client-client Eastin Hotel yang buat business dengan diorang. Another thing, ramai jugak yang tengah minum gelas tinggi berisi air berwarna merah gelap. Hmmmm....

Then, the party begin. Rupanya, ni party for the new Eastin Hotel after renovation. So ada performance, awek-awek sexy n ucapan dari GM, after that....melantak la. Itulah masa yang ditunggu-tunggu.

Food kat Eastin Hotel mmg sedap. Tidak dinafikan. Siap ada yang seludup..Aduiii...malu sungguh..huhu..

Dessert yang bersepah..
Appetizer yang pelik, tapi sedap...
sushi...kegemaran En. Suami
kebabbooooo!! (kebab)

Tak sempat nak ambil gambar semua food sbb orang ramai sangat. Tapi yang best, ffod die sedap n asal abis je diorang akan refill balik dengan secepat kilatnya. Tak sempat nak complain makanan habis.

Desert sedap, tak manis sgt..just nice. Sayangnya tak sempat makan banyak sbb masa tak cukup.
Appetizer, pelik-pelik aku nengok appetizer die, tapi biler dah rasa..hummmm...nyum nyum..sedap wooo!!!

Ahli mesyuarat kedai makcik join the party...
kumbang dikelilingi bunga..maaf kumbang dh berpunye..heeee..
saya punye....tehehe..
So, that's it.

Kerja kat iKnowledge, merasa la pergi makan-makan kat hotel. Bukan sekali, tapi berkali-kali.

Thank you iKnowledge, thank you Eastin! =)

Next, Holiday Inn, Glenmarie..


Luv,
Nora

Thursday, July 26, 2012

Huargghhhh..ngantuknyew..

Assalamualaikum,

Waktu tengahari di bulan puasa adalah waktu yang best untuk tidor. Lebih-lebih lagi di bawah pancaran air-cond yang mendamaikan dan menyejukkan hati, jiwa dan segala urat saraf...

Ohhhh...nak buat koje pun dh tak larat nak cakap..



Hmmmm....zzzzzzz....

Luv,
Nora

Wednesday, July 25, 2012

Birthday celebration for Puan-Puan

Assalamualaikum

Kalau nak tau, (taknak tau pun nak bagitau jugak) last 30th June is my birthday!!
Dah lama kot..baru sekarang nak cerita. Yela, kan dah bagitau haritu tak sempat nak update blog, harini baru sempat sikit.

Actually on malam 29th June tu my dear sayang muchuk chienta hati hubby buat surprise jugak. Kononnye malam tu nak keluar jumpa abg supervisor public mutual dia. Katanya ada hal nak discuss. Aku pun takde la nak syak apa-apa kan. So dia pun pegila keluar n aku kat rumah sensorang.

Sambil-sambil bermuka buku tu tetibe my dear bestie chat:

Ayu: Yang, ko ada call aku ke? Aku tgh on fon ni dgn Sapik (adik die)
Me: Tak do la..nape?
Ayu: Takde pape, maybe laki ko kot..nama eddy keluar.
Me: Ooo..

Dalam hati, kenapa laki aku call Ayu?? Tapi malam tu mmg kami ada plan nak pergi karaoke dgn Ayu. Maybe dia call sebab nak inform Ayu pergi pukul berapa n ambik kat mana kot. Tapi selalunya kalau nak inform Ayu apa-apa dia selalu suruh aku yang inform..dah hampir kantoi di situ. Aku msg la my dear muchuk sayang cheinta hati suamiku:

Me: Yang, abang ada call Ayu ke? Die kata die tengah on fon dngn Sapik.
Suami: A'ah, ada call die tadi. (nasib baik mengaku)
Me: Kenapa call die?
Suami: Takde, ingat nak ambik die terus bawak dtg rumah kite pastu boleh pergi karok sama-sama dari rumah kite terus tapi die kate die nak pergi dgn kwn die.
Me: ooo..ok. (dah mula syak, tapi taknak berharap ada surprise birthday, kalau takde, kuciwa)

Then, suami balik. Kitorang siap2 terus nak pegi karok. At first nak pergi Kota Damansara, penuh. Malam minggu kan. Then suami call kawan umah lama die, cakap fon jauh dari aku, aku dah curious lagi.
Then dia ajak pegi makan dulu, lapar katenye. Aku pun, ok. Dalam hati rasa cam dh dapat agak. Tapi buat2 tak tau lagi. Pegi makan dekat Singgang Kota Damansara. Dah order semua, perut pulak meragam. Aku pergi toilet.

Keluar toilet, ada ramai orang dekat meja kami. Ada Ayu, Aiman, Fahmi, Pek oi, Wallace n ada keekkkkk!!! Hehe..jadi malu n blushing.

Terus mereka nyanyi nyanyi..n aku happy happy..
Thank you syg for the very 'surprise' yang kurang menjadi actuallly..hehe..tapi I'm very happy.
(Pic takde sebab tak tertangkap gambar sbb happy bebenor)

Then on the 1st July, kami di iKnowledge ada program MCS Fun Run, me n hubby join the event. Lepas lari-lari tu, gegirls kat ofis ni ajak pegi makan lunch sekali.
Ok la, aku pun tak syak pape sbb fikir sje nak makan-makan sesame. Then pegila makan-makan kat The Chicken Rice Shop Paradigm Mall. Thank to Ms Jue sebab belanjan makan-makan.. (^_^)v

Macam biasa, picta session before makan-makan
betapa seriusnya semasa makan menunjukkan saya bersungguh makan. Tak main-main punye woo.


kenapa tu Puan Mai??? Jue sangat berselera yea.. =p
what a lovely couple...tehehe..
Dh selesai mengakikah, wajib ambik picta lagik..
Dah habis makan tu Puan Mai kata nak tunggu desert. Aku fikir, eh, bukan ke desrt dah serve awal-awal tadi.

Mai kata ada lagi, diorang duk sebok-sebok panggil waiter suruh serve desert. Then waiter tu kata ni la desertnye, dah serve dah. Aku pun pikir, a'ah, kan dah serve dah nata tu tadi, ada desert lain ke? Dalam set tu takde pun kata ada desert lain. Mai dah macam bengang dengan waiter tu, aku makin pelik.

Mai bangun n cakap dengan waiter tu jauh-jauh. Time ni memang aku dah boleh agak, ade something yang diorang dh plan. Hahaha..kantoi la korang.. Tapi aku buat rilek dulu. Then Mai duduk, waiter datang bawak kotak kek dengan plastik King's Confectionery lagi..Hahahaha..kelaka2..mmg tak menjadi. Diorang punya la bengang dengan waiter tu sbb tak pandai buat surprise. Hikhikhik..

 Then diorang pun bukak la kotak tu, once dah bukak, Puan Mai yang surprise sbb nama die pun ada atas kek tu..sbb birthday die 20th June. Yang lagi best die n Jue pegi beli kek tapi die tak tau pun nama die ada atas kek tu. Jue terbaik meng'surprise' Mai...haha. So haritu adalah birthday celebration untuk Puan Amanah n Puan Mai..hehe..thank you korang..manessss sangat la korang ni..

Mai excited sbb nama die pun ada..kan kan kan..
The cake, nice one!!!yummy..
Then diorang suruh me n Puan Mai tutup mata pulak. Aii..main tutup-tutup mata pulak. Dalam hati ni mesti nak bagi hadiah ni..hehe..

Then memang betul!!!!hadiah2!!yay!!!

kami dapat baju baru..thank you korang!!!!
Special thanks to: Syura, Jue, Puan Mai jugak, Emma, Nadia, K'jiah n of course En. Suami for planning this 'surprise' event.hehe..

No wonder masa hari Jumaat diorang ramai-ramai pergi Paradigm Mall tapi tak ajak I pun..kecikkkkk hati.  Rupenye nak beli hadiah I..hehe..

Anyway, kita tunggu next birthday celebration pulak la yea...

Luv,
Nora

Friday, July 20, 2012

Ramadhan datang lagi =)

Assalamualaikum

Alhamdulillah, tahun ni masih lagi diberi peluang untuk menyabut kehadiran Ramadhan. Cuma tahun ni Ramadhan agak berbeza since dah berdua kan, so lain ler sikit menyambutnye. N tahun ni jugak berpuasa dah ada mak n bapa mertua. Tak tau ler camne situasinya berbuka n bersahur dengan family mertua. What a new experience ha..

Puasa tahun ni kena rajin bangun masak untuk sahur, balik kerja masak untuk puasa. Nasib baik my dear muchuk tu tak cerewet sangat pasal makan. So, masak je la camne pun die mesti makan..kan kan kan.

Esok dah start berpuasa n malam ni adalah terawih yang pertama. Selalunya, malam pertama terawih ni mesti penuh masjid n surau. Dah nak masuk pertengahan dah mula kurang orang. Dah last-last makin la kurang sebab semuanya sibuk buat persiapan raya.

Actually terawih malam-malam terakhir tu la yang kita kena grab sebab ganjaran nya sangat besar. Lebih-lebih lagi 10 malam terakhir, kita berpeluang untuk dapatkan malam lailatul qadar. Setiap tahun aku berharap yang puasa aku ni menjadi puasa yang barakah. Tapi aku sebagai manusia biasa yang banyak kekurangan tak pernah lari dari dosa dan kesilapan.

Terkadang leka terkadang lalai. Walaupun syaitan dikurung, tapi hasutan nafsu tu sentiasa ada kan. 

Aku akan cuba untuk perbaiki kelemahan-kelemahan aku di bulan Ramadhan tahun ini. Istiqamah dalam melakukan semuanya n kuat melawan tarikan hawa nafsu.

Just nak share perkara kelebihan solat terawih dari malam pertama hingga malam ke 30:

KELEBIHAN SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan:

Malam 1 - keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 - diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 - berseru Malaikat di bawah ‘Arash supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AL-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 - Allah swt mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 - Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 - Allah swt tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat: Hai Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 - Allah swt tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).

Malam 23 - Allah swt binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.

Malam 24 - Allah bukakan peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 - Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 - Allah swt kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah swt kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 - Allah swt beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air
daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’”. 


Semoga kita mendapat barakah-Nya di bulan mulia ini. Aminn...

Luv, 
Nora

Thursday, July 19, 2012

Sungguh Takde Masa

Assalamualaikum

Ya ALLAH..ni dah kenapa yg banyak sangat sawang ni. Pemalas betol ko ni kan. (Monolog dalam hati kecil)

Sejak dua tiga empat lima seploh menjak dah jadi Puan Nora Puan Amanah ni, memang tak sempat betol nak story mory sharing caring.

Banyak sangat stoly moly yang nak di abadikan di belog chumel ku ini tetapi masa sangat-sangat tidak mengizinkan.

Cuba mencari masa, tapi bila masa ada, rasa macam tak cukup masa sebab masa singkat. Paham tak? hehe..

Takpela, nanti insyaallah akan ku cari juga masa untuk menceritakan segala-galanya.

Ok, bye!

Luv,
Nora