Saturday, February 25, 2012

Aku, Kamu, Sahabat Selamanye..

Assalamualaikum...

Memory masa muda, masa umur 18 or 19 tahun, aku selalu hang out dengan seorang kawan baik aku ni. Bila dh hang out memang lupe dunia. Walaupun pekan kecik je, tapi hampir semua kedai kitorang jelajah. Tak tau penat langsung. Park motor kat satu tempat, then kitorang jalan kaki pusing satu pekan. Boleh dikatakan hampir setiap minggu, itulah aktiviti kitorang.

Masa tu kitorang single lagi, n suka hati la nak buat apa. Time tu, mak n bapak pun tak kisah asalkan tak balik lewat. Penat berjalan, duduk minum2 kat satu kedai sambil bergosip, bersembang panjang. 

Nak tau tak, how I miss that moment. Miss sangat2. Bile dah lepas sekolah, masing-masing terpisah bawak haluan masing2. Belajar pun kat tempat lain2. Dah takde lagi aktiviti tu. Nak-nak pulak sekarang masing2 dh kerja. Lagila nak cari masa nak spent time sama-sama pun susah.

Aku, bila ada masalah, tengah susah hati, serabut, I need friend or someone yg aku boleh share, boleh hilang kan sekejap stress, sbb aku seorang yg mudah down. 

My boss, Tiffany ckp, aku dh hilang semangat nak kerja, bila nampak orang lain dapat sale sedangkan aku punya sale semakin jatuh merudum, aku terus jadi down n aura negatif mula menguasai diri. Bila aura negatif dah menguasai diri, semangat dah takde, semua mende yang kite buat mesti tak jadi. Bak kate Tiff, 'You aaa, selupa itu belum masuk berperang you sudah mati..'.
Ayooo..betol ke Tiff?

Memang betol, aku pun dapat rasa semua tu. Cuma aku tak tau kat mana aku nak cari balik semangat tu balik macam masa aku dapat sale RM54k dulu sbb aku rasa sekarang ni hidup aku makin teruk. Keadaan kewangan yang tak menentu n sangat sempit, nak kawin tapi mcm2 masalah melanda sampai aku memang dh nervous giler sekarang sbb sekarang dah nak masuk bulan 3.

Sebab tu aku perlukan seorang kawan utk bercerita. Aku nak cari balik semangat aku, tapi aku tak tau kat mana. Seorang sahabat yang baik akan selalu ada dengan kita walau macam mana susah pun kita, aku tak tau adakah aku mampu menjadi sahabat sepeti itu. Mungkin sekarang aku dah jadi orang yg pentingkan diri sendiri sehingga sahabat pun menjauh n aku dah takde sahabat baik lagi.

N sekarang, aku adalah sahabat baik kepada diri aku sendiri. Apa je masalah, cerita kat diri sendiri, selesaikan sendiri, bagi semangat kat diri sendiri, semuanya sendiri. Hanya kita yang boleh ubah diri kita sendiri, bukan orang lain. That's very true.

Dan yang paling penting, kita masih ada ALLAH yang sentiasa akan ada bersama kita tak kira susah@senang. Kembali pada Dia bila kesulitan melanda. Dia Maha Mendengar, Dia akan tolong kita tak kira lambat atau cepat sebab Dia Maha Mengasihi hamba-hambanya.

Terima kasih ALLAH..I LOVE YOU..

This letter just for you..


(Credit to Shea for this lovely love letter)

Luv,
Nora...

No comments:

Post a Comment