Monday, June 30, 2014

En. Google yang sweet

Assalamualaikum..

Ehem..ehem..
Harini bonda dah bertambah usia ye..masih sweet 27..
Wahh..27 tahun sudah usiaku..rasa macam baru 17 tahun..ekekeke..
Isyyhhh..cepatnye masa berlalu kan..lagi 3 tahun i olls nak masuk 3 series..hiiiiiiii..seram makkk..

Tapi alhamdulillah, setelah 27 tahun hidup, dah banyak perubahan berlaku dalam hidup..
Itu bermakna hidup i olls ada anjakan paradigma..
Apa itu anjakan paradigma? Cari kat wikipedia..ekekekeke..
Oh, BTW, En. Google wish me birthday tau..
See...

Hehehe..susah-susah je En. Google ni...


Luv,
Nora

Wednesday, June 25, 2014

Doktor Budak

Assalamualaikum,

Sejak bermenjak dah ada anak, segala-galanya adalah pasal anak. Disebabkan ini adalah anak pertama, so pengalaman dan pengetahuan pasal anak adalah zero.

Jadi, i olls dah jumpa satu website yang sangat-sangat bermanfaat untuk ibu bapa yang ada banyak persoalan pasal anak-anak and parenting...








This blog adalah gabungan pakar pediatrik di Malaysia. Diorang bergabung untuk buat blog ni and menjawab semua pertanyaan pembaca. The best thing is, SEMUA pertanyaan, doktor yang jawab tau, so insyaallah takde keraguan.

Nak jumpa pakar pediatrik kan mahal, so kita boleh dapatkan consultation kat sini for FREE.

But, kalau nak dapatkan rawatan secara details, still kena pergi jumpa pediatrik la kan. Ini cuma untuk pertanyaan sahaja.

Sebelum nak tanya apa-apa tu, kena tengok jugak, kalau-kalau pertanyaan kita tu dah ada orang tanya sebelum ni, so tak payah la tanya lagi, ingat doktor tu free sangat ke nak jawab soalan sama setiap hari..haha.

Boleh search dekat tag, taip la keyword persoalan u olls tu. Contoh nak tanya pasal anak tak nak makan, just taip 'makan' dekat search column tu and segala artikel berkenaan makan akan keluar.

Lagi satu, jangan expect yang doktor tu akan jawab pertanyaan kita on the spot. Ingat doktor tu kerja mengadap PC 24 jam ke?haha..

Tapi setakat yang i olls perati, SEMUA pertanyaan pembaca doktor akan jawab, cuma cepat atau lambat je.

Soooo...this page very recommended hokay!!

Super duper helping.

Thank you.

Luv,
Nora.

Wednesday, June 11, 2014

Camera handphone Penuh Gambar Aisy

Assalamualaikum u olls!!
Sejak bermenjak dh ada Aisy ni, camera hf penuh dgn gambar Aisy je la. Kalau boleh setiap detik nak rakamkan moment-moment dgn anak tu.

Yela..moment yg berlalu tu bukan boleh kite ulang balik. Lagi-lagi kalau Aisy ada perkembangan baru yang die buat.

Terbaru, Aisy dh pandai mengiring sendiri. Tapi ada masa-masanye la. Not everytime.
N guess what, semalam die banyak sangat membebel. Aaa...uuu..auu..buuurrr..mcm-mcm dibebelnye..hehe..kiut kelakar omey angat.

Hai la Aisy, bonda doa Aisy membesar dengan sihat n jadi anak kebanggaan ayah bonda.
We luv u sangat-sangat Aisy.
Luv,
Bonda.

Friday, June 6, 2014

Mine.


My heroes.
My nyawa.
My love.
My everything.
My Aisy.
My Eddy.
Only mine.




Luv,
Nora.

Friday, May 16, 2014

Breastfeeding Story

Assalamualaikum..

Alhamdulilllah, sehingga ke harini ini, hari yang ke 83 aku bergelar ibu, aku masih mampu menyusukan Aisy fully breastfeed. Bukan senang tau. Memang betul cakap mommy2 out there, nak breastfeed baby kena kuat. Banyak sangat cabaran.

Ini baru 2 month 3 weeks tau, lama lagi journey aku untuk breastfeed Aisy.

Kalau nak keluar, contoh shopping or jalan-jalan, kena pikir nak preparekan susu untuk Aisy. Samada nak direct feed atau pump dulu masuk dalam botol.
Kalau direct feed, kena cari tempat sesuai nak selak baju nak bagi baby minum. Buatnye baby dh menangis-nangis nak susu, dah kelam kabut nak cari tempat. Pulak tu, tak semua shopping complex ada sediakan baby room yang convenience untuk breastfeed.
Kalau pump dulu pulak, dh nak kena panaskan dulu susu tu baru boleh bagi baby minum.

Time kerja, memang kena pump susu untuk stok Aisy kat rumah pengasuh. Nasib baik ofis aku is mommies friendly, iaitu, ofis sangat selesa n flexible untuk mommies mengepam susu. Anytime boleh pump. Peti ais pun ade, lepas pump boleh masuk peti ais. Senang.

Malam, lepas balik kerja, kena basuh n steril semua peralatan mengepam n botol2 susu yang diguna kat rumah babysitter tadi. Sekarang tiap malam memang itu tugas wajib aku.

Tido malam, jangan citer la, sekarang memang tak pernah sehari pun cukup tido, sebab memang akan bangun 2x untuk susukan Aisy.

Tapi yang indahnya breastfeed baby ni, aku rasa lebih dekat dengan Aisy. Time menyusukan dia tu rasa seronok sangat. Bila dah start keje ni, masa aku dengan Aisy sangat terhad. Siang dia kat rumah babysitter. Balik rumah, aku kena settlekan rumah, kemas dapur, basuh baju, sidai kain, lipat kai, basuh botol2 Aisy, preparekan susu untuk Aisy untuk kegunaan esoknya..so masa aku untuk dekat dengan Aisy cuma time menyusukan dia je.
Nasib baik jugak my hubby sangat membantu untuk jaga Aisy time aku buat semua kerja2 rumah tu.

Walaupun semua ni nampak susah, tapi bila dah biasa, semua tu jadi senang. Dan semuanya jadi manis. Rasa seronok dan bahagia tengok anak membesar, gemok, chubby, comel hasil dari susu dari badan kita.

Kadang2, bila Aisy minum dari botol and bukan direct feed, rasa sedih sebab rasa macam dia jauh n dah tak perlukan kita. Kita rasa sangat2 diperlukan oleh baby bile kita direct feed dia.

Insyaallah, aku cuba untuk fully breastfeed sampai 2 tahun.
Dengan izin ALLAH...

Lots of Luv,
Bonda Aisy

Thursday, May 8, 2014

Baby Aisy 2 Month

Assalamualaikum seme..
Harini genapla my baby Aisy Aryan Saifuddin 2 bulan 2 minggu. And harini die dapar perangai baru iaitu hisap ibu jari.
Sebelum ni die ade tabiat hisap jari jugak tapi semua jari die nak masuk dalam mulut. Harini, dia dah makin bijak, dia hisap ibu jari je. Ye, anak bonda memang bijak.
Tell u what, rasa bahagia sangat2 bila kite tengok perkembangan anak kita depan mata sendiri. Satu demi satu perubahan die kite nampak depan mata. It such a wonderful experience becoming a mom.
Walaupun kadang2 timbul perasaan 'Am I a good mom?' tapi sebagai ibu, we will do our level best to give better life to our child.
Aisy Aryan Saifuddin..
Bonda minta maaf kalau bonda bukan ibu yang baik, tapi Aisy kena tau yg bonda sayang Aisy melebihi segala-galanya.
Biarlah apa org kata, bonda tak pandai jaga anak ke apa ke, apa yang bonda tau bonda akan lakukan yang terbaik utk besarkan Aisy..
Lot's of Love,
Bonda Aisy.

Wednesday, May 7, 2014

Good Luck Alia!!

Assalamualaikum..
Semalam we were celebrating Alia last day at iKnowledge. She is my mentee. Seorang yang sangat positive tentang hidup. Oficemate semua menyenangi dia.

Oh ye, dia jugak berniaga cake, baju, tudung, skirt.. Bijak berniaga anak ini. Semua yg dia jual tu sangat laku kat iKnowledge.
Jualla ape pun kat iKnowledge ni, semua laku. Even jual tempe pun diorg beli tau. Siap repeat sale lagi. Huhu..

Back to Alia story, die dapat offer new job which is her dream job. I told her to follow her heart, u will be more happy kalau u buat ape yg u suka. I is jeles sebab my dream job jauh dari reality hidup saya. So since die dah dapat peluang depat mata, I advise her to go. But if she find dat job not really make her happy, u are welcome back to iKnowledge.

Good luck to u Alia! May u be grant with success and a bright future.

BTW, bolehla visit online shope die kalau nak menyoping.. Seacrh bonafidescarf kat instagram kay!
Cake tiramisu yg die jual super duper yummy!!

Till i miss u Alia!!