Friday, May 16, 2014

Breastfeeding Story

Assalamualaikum..

Alhamdulilllah, sehingga ke harini ini, hari yang ke 83 aku bergelar ibu, aku masih mampu menyusukan Aisy fully breastfeed. Bukan senang tau. Memang betul cakap mommy2 out there, nak breastfeed baby kena kuat. Banyak sangat cabaran.

Ini baru 2 month 3 weeks tau, lama lagi journey aku untuk breastfeed Aisy.

Kalau nak keluar, contoh shopping or jalan-jalan, kena pikir nak preparekan susu untuk Aisy. Samada nak direct feed atau pump dulu masuk dalam botol.
Kalau direct feed, kena cari tempat sesuai nak selak baju nak bagi baby minum. Buatnye baby dh menangis-nangis nak susu, dah kelam kabut nak cari tempat. Pulak tu, tak semua shopping complex ada sediakan baby room yang convenience untuk breastfeed.
Kalau pump dulu pulak, dh nak kena panaskan dulu susu tu baru boleh bagi baby minum.

Time kerja, memang kena pump susu untuk stok Aisy kat rumah pengasuh. Nasib baik ofis aku is mommies friendly, iaitu, ofis sangat selesa n flexible untuk mommies mengepam susu. Anytime boleh pump. Peti ais pun ade, lepas pump boleh masuk peti ais. Senang.

Malam, lepas balik kerja, kena basuh n steril semua peralatan mengepam n botol2 susu yang diguna kat rumah babysitter tadi. Sekarang tiap malam memang itu tugas wajib aku.

Tido malam, jangan citer la, sekarang memang tak pernah sehari pun cukup tido, sebab memang akan bangun 2x untuk susukan Aisy.

Tapi yang indahnya breastfeed baby ni, aku rasa lebih dekat dengan Aisy. Time menyusukan dia tu rasa seronok sangat. Bila dah start keje ni, masa aku dengan Aisy sangat terhad. Siang dia kat rumah babysitter. Balik rumah, aku kena settlekan rumah, kemas dapur, basuh baju, sidai kain, lipat kai, basuh botol2 Aisy, preparekan susu untuk Aisy untuk kegunaan esoknya..so masa aku untuk dekat dengan Aisy cuma time menyusukan dia je.
Nasib baik jugak my hubby sangat membantu untuk jaga Aisy time aku buat semua kerja2 rumah tu.

Walaupun semua ni nampak susah, tapi bila dah biasa, semua tu jadi senang. Dan semuanya jadi manis. Rasa seronok dan bahagia tengok anak membesar, gemok, chubby, comel hasil dari susu dari badan kita.

Kadang2, bila Aisy minum dari botol and bukan direct feed, rasa sedih sebab rasa macam dia jauh n dah tak perlukan kita. Kita rasa sangat2 diperlukan oleh baby bile kita direct feed dia.

Insyaallah, aku cuba untuk fully breastfeed sampai 2 tahun.
Dengan izin ALLAH...

Lots of Luv,
Bonda Aisy

No comments:

Post a Comment