Thursday, July 3, 2014

Photobook Malaysia

Assalamualaikum,

Dulu, masa zaman-zaman sekolah, i olls suka beli photo album pastu cuci gambar simpan dalam tu. Masa tu kamera pakai film. Ala yang bergulung-gulung tu. Kamera pun kemain bapak besor nau. Time tu sapa ada kamera memang hebat la.

I olls pulak dulu memang ketinggalan zaman, i olls takde kamera sendiri, so kalau ambik gambar, tumpang la kamera member-member, pastu bila member dah cuci gambar, i olls pinjam filem tu and cuci sendiri untuk simpanan sendiri. Nasib baik member-member i olls semua pemurah. Luv u olls lah!

Sayang sangat kalau memori tu tak disimpan sebab masa lalu takkan kembali kan.

Tapi sekarang, tak payah dah nak ke kedai-kedai gambar pergi cuci gambar. Sebab sekarang kita ada apa yang dinamakan PHOTOBOOK!

Ada banyak syarikat pengeluar photobook ni and salah satunya ialah: Photobook Malaysia

Photobook ni dia adalah album gambar tapi dalam bentuk buku.

Senang sangat dengan photobook ni, kita just download dia punya software then kita boleh design photobook kita sendiri. Ikut suka mu la nak design cam mane pun kan.

Kalau buruk pun, itu design kite sendiri, so nak puas hati, design la lawa-lawa.

I olls pun dah buat photobook ni untuk majlis aqiqah Aisy haritu and dah sampai pun. Yayyy!!

Front page

Back page
Ni i olls design sendiri hokay. Dalam software tu dia dah ada template sendiri, corak, frames, background, so tinggal masukkan and adjust-adjust sikit je.



Memang puas hati la kan sebab kita yang design sendiri.

Kalau beli direct kat website photobook ni mahal sikit, tapi Groupon selalu buat promotion photobook. So I olls beli kat situ je. N yang ni hanya RM10. 

Haritu photobook ada bagi free tapi i olls tak sempat nak buat, so i olls beli sendiri la. Yang RM10 ni kecik je 6"x6". Tapi puas hati la sebab cantik.

At least ada jugak kenangan kan.

Thank you Photobook!

Luv,
Nora.

No comments:

Post a Comment