Thursday, February 1, 2018

Resepi: Nasi Goreng Bayam

Assalamualaikum,

Bila dah tak tahu nak makan apa, suami I suggest sesuatu yang memudahkan isteri tercintanya untuk masak iaitu Nasi Goreng. (kemain ber'I I'..dah kenapa??)

Yay!!

I pun dengan senang hati nak masak. N kebetulan suami I ada beli bayam. Jadi untuk lebih sihat, I tambahkan bayam dalam nasi goreng I.

Untuk resepi ni, I guna bahan-bahan yang ada kat rumah je. 

Mari kita lihat resepinya....

Bahan-bahan (banyak mana, ikut agak-agak sendiri la ye):

Bawang Merah (hiris)
Bawang Putih (hiris)
Ikan bilis (tumbuk)
Cili padi (tumbuk)
Telur
Nasi
Bayam
Garam
Pak Aji

Langkah-langkah memasak:
1. Gorengkan telur & hancur-hancurkan.
2. Asingkan ke tepi.
3. Tumiskan bawang merah, putih, ikan bilis dan cili padi sampai nampak garing.
4. Masukkan garam dan pak aji ikut agak-agak sendiri la ye.
5. Kemudian masukkan bayam. Haa...bayam ni dia mengeluarkan air tau. Jadi kena tunggu lama sikit sampai air dia kering n bayam pun lembut.
6. Bila air dah kering n bayam pun dah lembut, masukkan telur hancur & nasi.
7. Gaul2 sebati.
8. Dan siap.
9. Apa lagi...melantak la..

Healthy kan..

Nak lagi best, taburkan bawang goreng masa nak hidang kan tu. Kalau nak tambah haiwan lain dalam nasi goreng ni pun boleh. Contoh haiwan: ayam, daging, udang, sotong dan yang seangkatan dengannya.

Ok, tu je.

Love,
Nora

Kenapa kucing takde tandas?

Assalamualaikum,

Pagi tadi, masa nak hantar Aisy Aryan Saifuddin ke rumah mama dia, tengah jalan kaki dari rumah ke kereta, ada la sekelompok tahi kucing atas rumput.

Then, anak I yang tersangat concern dengan persekitaran ni pun berbunyi.

"Bonda, ada taik kucing la."

"Mana?"

"Tu, Ayen nampak tu."

"Hiiii..busuk kan Ayen.."

"Aah...bonda, kesian kucing tu takde tandas. Kenapa orang tak buat tandas kucing?"

(-_-!!) 

Kau rasa??


Kadang-kadang soalan si dak Aisy ni boleh menguji ketajaman akal bonda. Huh. 

Love,
Nora.

Wednesday, December 27, 2017

The Grand Lexis, Port Dickson

Assalamualaikum & Haaiiiiiiiiii...

Ok, ini adalah major throwback sebab tengah belek2 hard disk and ada gambar masa we olls stay at Grand Lexis, Port Dickson.

Ini adalah hotel terbaik yang pernah kami stay. 5 star katanya. Of course best u olls!


Kami stay sini actually sebab company trip. Macam biasa, every year of course boss akan bagi reward and this time dia lanje la staff stay kat sini.

Oh ye, trip ni actually on 2015. 2017 baru sempat nak share. 2 tahun dah berlalu, hotel tu pun dah banyak renovation agaknya. You can see how busy I am. #sispoyo 😅

Gambar atas tu, pool dalam bilik yang kami stay. Bilik kami yang dekat building, sama building dengan lobby. Bukan dekat atas laut tu sebab kami family & ada anak, so boss bagi kami bilik ni. Maybe sebab takut anak terjun laut kot. Yang bujang-bujang duk bilik yang atas laut tu.

I can see youuuuu...

Masa Aisy baru masih merangkak.
2 king bed..boleh bergolek ke sana sini.
Bilik dia bapak besar hokay. Ada 2 king bed, ruang tamu with sofa, dapur lagi, bilik air & tandas and of course, swimming pool.

At first rasa macam, alaaa...nak bilik atas laut. Tapi bila kami terjah bilik kengkawan yang bujang, bilik kami lagi besar bebbb...so tarik balik jeles tadi.


Di atas ni adalah bilik mereka-mereka yang di atas laut.

Beza dia, keluasan katil ke tv tu tak seluas bilik kami. Jadi tak boleh nak bergolek dan terlentang sangat.


Kalau boring mandi pool dalam bilik, boleh je bawak anak-anak mandi manda kat public pool diorang. Tapi kami tak pergi pun sebab Aisy kecik lagi masa tu and kami lebih selesa mandi dalam pool bilik and doing 'our thing'. Ehem. Haha.

Mandi manda tanpa gangguan orang lain.

Grand Lexis ni tak ada private beach sendiri, jadi kami lompat pagar ke pantai hotel sebelah. Haha.

Tapi pantai dia tak berapa menarik sangat dan kurang bersih. Masa kami pergi tu, pantai dia a bit oily and ada kapal minyak yang parking berhampiran. Jadi main di gigi air je la.

Overall, hotel ni memang the best hotel yang kami stay so far. Insyaallah ada rezeki lebih memang akan repeat lagi ke sini.

The best part of course swimming pool dalam bilik ni la. Sis boleh mandi manda sambil mengibarkan rambut tanpa perlu risau aurat dicemari mata yang bukan muhrim dan meliuk lentok umpama duyung. Haaa...best kan. 😂






Love,
Nora.

Thursday, June 22, 2017

Wardrobe Anak Teruna

Assalamualaikum,

Weekend haritu, misi kami adalah untuk mengemas rumah yang dah berhabuk bersawang tu. Nak raya kan. Nak la jugak tukar-tukar environment rumah.

Sambil-sambil tu, aku pun duk mengemas la jugak baju-baju Aisy dalam wardrobe die tu. Duk sorting la baju-baju die mana yang boleh pakai & dah tak muat tu.

Jadi la cenggini..

 

Simple je. Almari kecik. Haha.
Wardrobe anak teruna, cenggini la. Kalau wardrobe anak dara, mesti meriah. Dengan kalerfulnye la, polka dots la, stripes la, flowery lagi, skirts, tutu, gaun...n macam2 lagi la.

Tapi anak teruna, jeans, tshirt, baju tido..😑

Tapi yg best, senang bonda nak mengemas, tak banyak benda. Haha.

Sbb bonda bukan rajin nau mengemas almari selalu. Mau sebulan sekali la dapat camni.

Love,
Nora.

Tuesday, August 23, 2016

I am AMANAH.

Assalamualaikum dan selamat petang.

Aku bekerja di sebuah syarikat training provider and I am a sales person there. Actually this industry is not really well known for some of us. But, believe it or not, training provider is very well known among a corporate company, especially HR department.

What we do is, we provide training service to corporate client. Corporate client? Ya, for companies like PETRONAS, Nestle, Shell, Mercedes Benz and many more. They need our service for their staff to attend training or kursus or latihan.

And me, as a sales person, need to find client, to be exact, corporate client to choose our service. Believe it or not, there are numbers or training provider outside that also providing same service like us. But, what make us special, we are class A training provider rated by HRDF (Human Resource Development Fund).

So, setiap hari, my job is to do a phone call, talking to client, invite them to join us and also drop email for marketing purpose.

My name is Noramanah, so I am using Amanah in my email. So, many of my client always confuse whether AMANAH is a company or organization or spam or whatever they think it is and they never thought that AMANAH is actually a person. A living person.

So, each time I make call, I will said, 'Hi my name is Amanah from iKnowledge' instead of 'I'm Amanah from iKnowledge' because I wanted they know that Amanah is a person, not a company.

And a lot of feedback that I received, 'Oh, awak ke Amanah, saya ingat Amanah tu Amanah Raya ke, Amanah Saham ke apa, so saya delete la email awak..' Oh..poor me.

Tak pun, aku akan dapat feedback, 'You are what? Amanah? Amanah what? Amanah Bakti ke apa?, Oh you are Amanah..I see..'

Tapi the good thing is, diorang akan ingat aku lepas tu. Haha. Well, I love my name.Thank you bapak.


Love,
NORAMANAH


Friday, May 27, 2016

4 Tahun.

Assalamualaikum.

27 May 4 tahun yang lalu, secara rasminya aku bertukar taraf menjadi puan.

Satu fasa baru dalam hidup telah bermula.

Adatla dalam rumah tangga, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula cubit mencubit. Ewahhh!!!

Alhamdulillah, dah 4 tahun aku menjadi suri Mohd Eddy Sabrie. Dan alhamdulillah, tambah seorang lagi penyeri hidup kami. Penghibur, penghilang stress, tukang sepah rumah, tukang membebel, otromen ribut, superwing, hero penyelamat bonda a.k.a bodyguard bonda...Aisy Aryan Saifuddin.

Bertambah lagi sorang kawan gaduh aku.

Aku gembira, bahagia dan bersyukur sangat dengan anugerah ALLAH ni. Tak semua orang ada apa yg aku ada, dan tak semua yang orang ada, aku ada.

Tekanan kerja buat aku sangat sangat sangat sangat sangat down. Tapi balik rumah sentiasa ada penghibur yang buat aku kembali senyum.

I love you Mohd Eddy Sabrie bin Mohd Ishak!
Happy 4 years Anniversary sayang..

Bonda sayang Aisy Aryan Saifuddin jugak.

Love,
Nora.




Monday, November 16, 2015

Key El See See

Assalamualaikum dan selamat makan lunch!

Sesaje la kite nak share, malam tadi suami kite bawak kite n anak kite ke Key El See See a.k.a KLCC.

Kekaguman dan keghairahan tiap kali tengok KLCC tak pernah habis walaupun dh berjuta kali tengok KLCC. Tak tau la kenapa ye..

Tengok bangunan yg tinggi gittew dengan lampu yang tersergam...aduhhh..kekaguman yang tidak berbelah bagi. Salute Tun Mahathir!

Debor-debor pun ye jugak. Kot la dibuatnye tengah syok2 posing tetiba roboh ke takpun serangan pengganas ke..habislaaaa...
Pengaruh movie sangat kan.

Aisy?Die memang suka berjalan-jalan, tengok lampu dan air. Kebetulan kat situ ade air pancut. So dia hanya kagum dengan air pancut tu je. Yang KLCC, die tak herannye derr...

Mungkin die besar sikit lagi, baru ada rasa kagum kot. Insyaallah bulan depan kita jejak KLCC lagi...yay!!!

Luv,
Nora.