Aaaha! Entri pertama di tahun baru 2013.
Di penghujung tahun lepas (wah, macam lama sgt pulak ye, padahal baru seminggu yg lalu), saya n suami pulang ke kampung opah di Kampar sempena majlis perkahwinan Angah Ijan, anak maklong.
Disebabkan new year hari Selasa, so kami ambik cuti hari Isnin, so dapatla cuti 4 hari. Lama sikit. Baru syiok balik kampung. Kami bertolak hari Sabtu pagi.
So macam biasa la kan, bangun pagi, bersiap siaga untuk bertolak ke kampung dengan semangat waja yang tinggi. Baju-baju semua dah packing dari malam tadi sebab banyak baju nak bawak kan. Al-maklumla nak cuti lama. Balik rumah opah, lepas tu rumah mama n last rumah mak. So persiapan baju mestila lengkap ye dak.
Keluar dari rumah, terus menuju ke Shell. Untuk apa? Untuk bagi 'breakfast' kat Savvy sayangku kan. Kang kalau tak dibagi 'breakfast' tak bekerja la dia. Kami bagi dia 'breakfast' secukupnya walaupun tuan dia cuma breakfast roti n air kotak dutch lady je.
Lepas bagi dia 'breakfast', kami menuju pulak ke Public Bank untuk mengeluarkan harta kami yg tak seberapa tu. (withdraw duit la kan, nak jalan jauh katenye). Masuk-masuk kete n then nak start, tetiba tak hidup. Ah sudah, dah mula dh buat hal Cik Savvy ni. lampu tak menyala, power window pun tak berfungsi. Alarm pun tak berbunyi. Suami kata, bateri kong. OMG!OMG!OMG! Dah la parking depan Publis Bank dekat dgn Sunway Giza, kawasan sesak. Workshop area situ pulak semua jual tayar je. (Hampes tol) Haihh...lain kali kalau bukak kedai tu cuba la bervariety sikit. Jual la bateri sekali. Ni semua nak jual tayar.
Alternatif lain, kami terpaksa call workshop yg kami selalu service Savvy ni n mintak dia datang tukar bateri. Nasib baik tak jauh. Kota Damansara je.
![]() |
Haiii la sayang.. |
Tapi kenapa mesti hari tu jugak....huahuahuahua.
It shokay la..dh ditakdirkan macam tu kn. Mmg rezeki apek workshop tu la dapat duit aku pagi-pagi.
So, kami meneruskan perjalanan. Alhamdulillah sepanjang perjalanan cik Savvy ni tak buat hal.
Tentatif programnye, hari Sabtu ni rombongan kenduri belah perempuan. N kenduri belah maklong hari Ahad which is esoknye. So saya n suami dari KL terus menuju ke rumah pengantin perempuan la n jumpa mama n yang lain2 terus kat sana.
Rumah pengantin perempuan kat Bidor, so tak jauh la dari umah opah. Sampai-sampai di Bidor, rombongan diorang tak sampai lagi. So kami pun menunggu.
Diorang sampai, kami pun terus gerak ke rumah pengantin perempuan.
Tema rumah pengantin perempuan: Merah Putih.
Sampai2 rumah pengantin perempuan, terus ke meja makan la kitew.
![]() |
Abah, ayah cik n opah |
![]() |
Me, Mama, Mak Yang n Ayah Lang |
![]() |
Suami, angah iwan, uncle wan.. |
![]() |
Hot makciks n cousins n sisters |
Di sebabkan pic terlalu banyak, so I just make it into a few pic je.
Dah nama pun kenduri kawin, mesti la ada gambo pengantin.
![]() |
Angah Ijan n wife |
Tahukah anda di pekan Kampar ada sebuah pasaraya yang dipanggil Pasaraya Minat. Oh, saya rasa mesti tauke pasaraya Minat tu meletakkan nama sebegitu untuk membuatkan penduduk Kampar selalu berminat untuk membeli belah di situ.
Disebabkan itu, saya telah berminat untuk membeli 1 set cawan di situ.
Petang tu, sampai je rumah opah, aktiviti wajib kalau balik umah opah ialah.....mendinginkan diri di sungai belakang umah opah yg sangat dingin dan nyaman. Best hokay mandi sungai tu. Air yg jernih dan sejuk, ditambah dengan angin sepoi-sepoi bahasa...sungguh mengasyikkan gitew.
N malam tu, saya n adik Elida n makcik2 yang lain pergi umah maklong tolong-tolong apa-apa yg patot. Actually umah maklong tak jauh pun dari umah opah, cuma sejengkal perjalana kalau naik kereta n beratus langkah kalau jalan kaki. Kalau merangkak, tak pasti sebab tak pernah cuba.
Tibalah hari kenduri..
Tema kenduri belah lelaki is: Purplelicious.
Maklong buat kenduri sederhana je. Walaupun sederhana, kedatangan saudara-mara yg havoc memriahkan suasana.
![]() |
The bride & groom |
Kebetulan pulak, esoknya birthday my dear mother in law. So balik dari kenduri tu, kami buat surprise untuk mama.
![]() |
Mama n Opah |
Then petang tu, saya, mama, adik, makyang, mak teh, zetty n syuhada pergi follow maksu aerobik. Soronok hokay. Bab aerobik2 ni memang teman suke ler. Dh lama tak exercise kan. Semua excited beraerobik.
![]() |
warming up sebelum aerobik..berposing! |
N malam tu, saya n suami balik Sabak Bernam konvoi dgn mama n abah. So malam tu tido umah mama la.
Esok pagi nya baru gerak balik rumah mak.
Ni pengalaman kedua bercuti rumah opah. Pengalaman pertama dulu time raya. Masa tu baru first time kan berkumpul ramai-ramai rumah opah. So rasa macam lain lagi.
Tapi pengalaman kedua ni dah kurang rasa kekok. Beronok-ronok pulak rasanya.
Ni yang best bila dah kawin, family bertambah besar n makin seronok. Hewhewhewhew..
Luv,
Nora
No comments:
Post a Comment